Tuesday, July 5, 2011

APASAL HENTAK KEPALA KE DINDING?

Memang betul-betul tak puas hati!!!

Najib janji akan bagi kerjasama dan sediakan stadium untuk MONYET-MONYET berteriak, berguling, melaung mahupun bertakbir. Tapi Najib bagi syarat. Syarat itulah yang tidak dipersetujui oleh MONYET-MONYET Ambiga!

Najib bagi tiga syarat iaitu, masuk stadium dengan aman, berhimpun dengan aman, dan keluar dengan aman... syaratnya yang Najib bagi ialah AMAN!

Dan syarat AMAN itulah yang paling tidak disukai oleh sekalian pencacai!

Kata mereka, mana boleh bersyarat-syarat!

N.Surendran, Naib Presiden PKR dan Aziz Bari tentu akan kata, syarat yang diberikan oleh Najib Abdul Razak melanggar Perlembagaan Malaysia. Para pencacai tentu akan bertakbir bila dengar cakap-cakap N.Surendran dan Aziz Bari nanti!

Takut benar para pencacai dengan syarat AMAN. Sebabnya sangat mudah, para pencacai dan monyet-monyet pisang Bukit Bintang, tidak tahu apa itu aman. Sebab itulah mereka beria-ia sungguh hendak berdemonstrasi di tengah-tengah bandaraya. Bersungguh-sungguh benar dengan rancangan hendak menghuru-harakan Kuala Lumpur.

Sekarang, kalau benar himpunan akan memberikan pulangan ekonomi yang baik, stadium adalah venue utama. Mereka bukan sahaja boleh menjerit sekuat-kuat hati di dalam stadium, tetapi golongan peniaga yang berniaga di tepi stadium pasti akan menerima tempias pendapatan yang lebih baik.

Najib kata dia sedia bertemu dengan penganjur BERSIH 2.0 untuk membincangkan venue perhimpunan mereka. Puak-puak pencacai tak puas hati juga. Kata mereka, Najib tidak berhati perut kerana memberikan syarat walaupun sebenarnya ingin mereka katakan, desakan majoriti rakyat agar himpunan tersebut diadakan di stadium telah didengar oleh Najib Abdul Razak!

Apa agaknya Mat Sabu rancang? Selepas berhimpun di stadium, balik dari stadium tetap nak buat onar di tengah-tengah bandaraya?

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template