Monday, July 4, 2011

BATAL ATAU STAND-DOWN? TAKUT ATAU TAKTIK BARU?


Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Razali Ibrahim telah mengumumkan yang PATRIOT Pemuda UMNO akan membatalkan perhimpunan saingan pada 9 Julai nanti sebagai menghormati titah perintah KDYMM Yang Dipertuan Agong.

Bagaimanapun, dalam satu sidang media yang diadakan di Tingkat 28, Ibu Pejabat UMNO, lain pula ceritanya. Kata Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Reezal Marican, PATRIOT Pemuda UMNO tidak membatalkan rancangan untuk berhimpun dan menggempur BERSIH 2.0 sebaliknya STAND-DOWN.

STAND-DOWN bermakna cooling atau menghentikan keagresifan tetapi akan bertindak mengikut seperti yang dirancang sekiranya pihak lawan meneruskan hajat mereka.

Itu yang diterangkan di Tingkat 28 tadi.

Dengan kata lain, PATRIOT akan menggendalakan rancangan mereka dengan BERSYARAT. Seandainya BERSIH 2.0 masih meneruskan nafsu dan serakah mereka untuk berhimpun dan membuat kacau, PATRIOT juga akan melancarkan penggempuran dan peperangan terhadap BERSIH 2.0.

Mungkin akan timbul persoalan, bagaimana Naib Ketua Pemuda membuat 'kesilapan' dan percanggahan dengan rakan-rakannya yang lain dalam hal ini. Bagaimanapun, ia mungkin satu salah faham memandangkan ramai yang beranggapan STAND-DOWN dilihat sebagai PEMBATALAN.

BATAL atau STAND-DOWN, sebenarnya ramai yang sudah pun bersedia untuk memerangi BERSIH 2.0. Setidak-tidaknya BAJU HITAM ALIF BA TA tetap dengan rancangan untuk melakukan penggempuran walaupun ketuanya kurang bersetuju dengan taktik porak-peranda yang diamalkan oleh bekas-bekas PKR yang ada dalam PEMUDA UMNO sekarang!

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template