Ambiga Sreevanasan pasang umpan! Tetapi umpan yang dipasangnya umpan beracun! Kalau termakan, boleh menyebabkan satu bangsa pupus dari muka bumi ini. Kalau termakan juga akan menyebabkan satu agama lupus begitu sahaja!Ambiga Sreevanasan SETELAH BERJUMPA ABDULLAH BADAWI berkata, akan menulis surat kepada Istana Negara dan memohon perkenan menghadap KDYMM Yang Dipertuan Agong. Katanya lagi, kalau Duli Tuanku menitahkan agar BERSIH 2.0 dibatalkan, maka ia akan dibatalkan!
Amboi, selepas beria-ia berkempen, menghasut dan menfitnah, mudah benar Ambiga Sreevanasan nak batalkan BERSIH 2.0?
Kalau si tua dari Kelantan tu dah kata BERSIH 2.0 adalah HALAL DI SISI ISLE, agak-agak para pentakliq orang tua yang sedang LARI dan MAKAN ANGIN di Makkah itu akan akur atau tidak? Kalau sudah bisnes air jampi dan air bagi jadi pemberani dah begitu laris terjual, takkan tiba-tiba sahaja nak tarik handbrake?
Umpan Ambiga sebenarnya tidak ubah seperti umpan Zionis menandatangani perjanjian damai dengan Yasser Arafat, padahal Zionis tidak pernah berhajat ingin mewujudkan perdamaian di Palestin. Perdamaian yang wujud di Palestin bererti sukarlah untuk Zionis menjajah dan menjalankan jarum hasutan. Tanpa penjajahan, pembunuhan dan jarum hasutan, apalah yang ada pada Zionis.
Begitu jugalah dengan BERSIH 2.0 dan Pakatan Rakyat.
Walaupun Ambiga Sreevanasan menyatakan akan membatalkan BERSIH 2.0 konon-kononnya kerana terkesan dengan titah khas KDYMM Yang Dipertuan Agong, tetapi akan ada pihak di dalam BERSIH 2.0 yang akan terus menerus menghasut rakyat agar keluar memberontak, terutama dari kalangan mereka yang berserban, berkepiah dan beriktikad Syiah!!!


0 comments:
Post a Comment