Saturday, July 9, 2011

BERSIH GAGAL CETUSKAN RUSUHAN BESAR-BESARAN!!!

Kumpulan pencetus keamanan dan huru-hara semakin mengecil. Ketua-ketua penghasut, ramai yang sudah tertangkap dan sekarang sedang berbual panjang dalam lokap. Anwar Ibrahim pula terpaksa menggunakan helah 'sakit' dan naik ambulan. Helah yang sama ketika dia dipenjarakan di Sungai Buloh apabila sepanjang berada di penjara tersebut, Anwar berpura-pura yang sakit tulang belakang, sehingga membolehkan dia berada di sel rawatan yang lengkap segala-galanya.

Untuk mengelakkan ditangkap, Anwar telah lari ke hospital dan besar kemungkinan akan MEMAKSA hospital untuk meletakkan dia di dalam wad, sekaligus berjaya mengelakkan dirinya daripada tersadai di lantai lokap seperti pemimpin-pemimpin pengacau yang lain.

Yang tinggal sekarang hanyalah A.Samad Said, Husam Musa serta beberapa pemimpin kecil yang sebenarnya kalau kena jerkah pun, akan rebah tertungging tujuh lapan kali.

Walaupun para perusuh dan pengacau keamanan masih ramai, tetapi mereka tidak ubah seperti anak-anak ayam yang kehilangan ibu. Ramai yang mula ketakutan apabila melihat anggota polis yang bergerak ke arah mereka. Malah beberapa orang wanita yang sebelum ini begitu bersemangat, dilihat menangis teresak-esak. Barangkali mereka menangis sebab period keluar lebih awal dan mereka terlupa memakai tuala berpelekat!

Di beberapa kawasan perniagaan, orang ramai yang tidak terlibat dengan huru-hara merungut dan menyalahkan pihak yang mencetuskan kekacauan. Petaling Street yang sebelum ini terselamat, telah digunakan oleh BERSIH untuk mendapatkan sokongan kaum Cina menyaksikan kemarahan terbesar kaum peniaga di situ. Masing-masing memaki hamun kumpulan BERSIH.

Nampaknya, objektif BERSIH yang cuba mencetuskan huru-hara lebih besar dan mengheret huru-hara tersebut selama beberapa hari tidak menjadi. Menjelang pukul 6 petang, dijangka kumpulan pencetus tersebut akan semakin mengecil. Apatah lagi, jumlah tangkapan oleh pihak polis semakin bertambah.

Dengan ketiadaan pemimpin-pemimpin, bahkan Anwar sendiri sudah pun jadi panglima pengecut yang lari dari medan perang dengan berpura-pura tercedera, LEMBU-LEMBU PAS yang merupakan sebahagian besar daripada para perusuh tersebut, akan kehilangan punca dan akhir sekali tersadai di dalam lokap.

Dilaporkan, beberapa orang pemimpin, termasuk dari kalangan PATRIOT akan dikenakan tahanan terhad dan lebih teruk lagi, ISA akan dikuatkuasakan.

Sementara itu, penulis terlihat banyak trak tentera sedang berkumpul di di belakang Bukit Aman, sekalipun ada ura-ura yang mengatakan, tentera tidak akan masuk campur.

4 comments:

Anonymous said...

BENAR KE...BERSIH NAK CETUSKAN RUSUHAN......ATAU KERAJAAN BN YG CETUSKAN RUSUHAN......POLIS DAN FRU.....MENJADI KUDA HITAM....MENCETUSKAN KACAU BILAU......DI DUNIA ENGKO BERKUASA TUNGGUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU

Anonymous said...

apa punya rosak aqidah ni..didunia, Allah swt tetap gak berkuasa.

Tul nak cetuskan rusuhan..kerana tak turuti undang2, dah langgar undang2 usalah salahkan polis.

Anonymous said...

dah diberi peluang utk buat secara aman kat stadium shah alam..nak jugak2 KL. Terang2 nak merusuh..

Anonymous said...

dah diberi peluang utk buat secara aman kat stadium shah alam..nak jugak2 KL. Terang2 nak merusuh..

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template