Thursday, July 7, 2011

POLIS TEMBAK CINA!!! DAP MESTI MENGAMUK!!! PAKATAN RAKYAT PASTI MEROYAN!!!

Seorang lelaki Cina yang bersenjatakan parang dan tukul telah menceroboh sebuah tadika di Taman Sungai Abong, Muar yang menjadi lokasi 4 orang guru dan 30 orang pelajar. Lelaki Cina yang dipercayai menghidap penyakit mental itu telah menahan mereka dari pagi sehinggalah ke petang.

Tindakan memujuk telah dilakukan sama ada dengan menggunakan ibu bapa kanak-kanak yang ditahan, mahupun oleh seorang pakar psikologi yang didatangkan oleh polis. Lelaki Cina tersebut telah mencederakan seorang kanak-kanak dan mengancam akan melakukan kecederaan yang lebih parah seandainya tuntutannya tidak dipenuhi oleh polis.

Akhirnya pada pukul 5.00 petang tadi, polis tidak mempunyai cara lain, kecuali melepaskan tembakan yang khabarnya ke kepala lelaki tersebut. Lelaki tersebut cedera parah dan drama tebusan berakhir dengan semua tebusan berjaya diselamatkan!

Pastinya DAP tidak akan berpuas hati kerana polis telah menembak lelaki Cina itu. Nak-nak pula, lelaki Cina itu mati akibat tembakan yang dilepaskan, pastilah DAP akan menggunakan kesempatan itu untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa polis adalah entiti yang sangat kejam dan sentiasa mencari jalan untuk membunuh mana-mana individu Cina.

Sepanjang proses memujuk yang dijalankan dari pagi sehinggalah ke saat-saat akhir, tidak ada seorang pun pemimpin DAP yang turun untuk membantu pihak polis. Perlu diingat, lelaki Cina tersebut telah mencederakan seorang kanak-kanak dan kebarangkalian untuk dia membunuh adalah sangat tinggi.

Kita nantikan sahaja apa yang akan dikatakan oleh para pemimpin DAP dan Pakatan Rakyat yang sudah tentu akan mengambil sedikit masa sebelum mereka mula memutarbelitkan fakta untuk menunjukkan polis adalah jahat dan musuh orang Cina!!!

1 comments:

Anonymous said...

demo lagi!!!

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template