Wednesday, July 6, 2011

HARAMJADAH PKR INI MAHU PERANG DENGAN TENTERA!!!

N.Surendran, Naib Presiden PKR yang banyak mulut membayangkan latihan dan demonstrasi yang ditunjukkan oleh tentera sebagai ancaman peperangan yang akan dilakukan oleh Angkatan Tentera Malaysia ke atas rakyat negara ini. Sekaligus Naib Presiden PKR yang buta sejarah ini, cuba memutarbelitkan fakta sejarah kerana Angkatan Tentera Malaysia selama ini telah menyelamatkan rakyat Malaysia daripada menjadi mangsa pengganas komunis. Dan pada masa yang sama, Naib Presiden PKR tidak pula menggambarkan komunis sebagai ancaman, sebaliknya menganggap itu adalah kebebasan bersuara!

Angkatan tentera Malaysia telah membuat latihan bersama-sama dengan pasukan polis. Polis pada masa yang sama, tidak menolak akan meminta bantuan angkatan tentera untuk membantu mengekalkan keamanan di Kuala Lumpur.

Malaysiakini, portal yang sangat berpihak kepada Pakatan Rakyat dan gemar memanipulasi serta mengada-adakan cerita, menyiarkan berita kononnya angkatan tentera akan menghadiahkan peluru kepada para penunjuk perasaan. (BACA DI SINI)

Nampaknya siaran berita tersebut telah mengesahkan MALAYSIAKINI merupakan agen subversif yang cuba mengapi-apikan rakyat agar bangkit memberontak dan kali ini telah mengisytiharkan perang terhadap angkatan tentera dan pasukan keselamatan negara, walaupun tidak mengisytiharkannya secara berterus-terang.

Mengisytiharkan perang ke atas Angkatan Tentera Malaysia dengan apa cara sekalipun, samalah seperti mengisytiharkan perang ke atas KDYMM Yang Dipertuan Agong. Menuduh demonstrasi dan latihan Angkatan Tentera Malaysia dengan Polis sebagai satu ugutan ke atas rakyat, merupakan isyarat agar rakyat bangun memberontak dan menadah kepala mereka untuk peluru tentera! (KENYATAAN N.SURENDRAN)

N.Surendran sudah seharusnya 'ditarik' ke dalam. Naib Presiden PKR yang banyak mulut ini sebenarnya sudah banyak melampau dan sudah berlebih-lebihan!!! Mungkin dia fikir, kedudukannya sebagai peguam, akan dapat menyelamatkannya kerana kemahiran peguam adalah berputar belit lidah!!!


1 comments:

Anonymous said...

Tadi kat ALJazeera, mamat ni jugaklah yg memburukkan negara berkata Malaysia adalah hub penyeludupan hidupan luar terbesar di dunia.

Kalau bab nak burukkan negara serahlah kat puak-puak ni, padahal yg menyeludup itu pun puak-puak yg kiasu sewaktu dengan mereka juga.

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template