Semua orang berpendapat, kalau Menteri KDN bertindak secara tegas lebih awal lagi, kekecohan BERSIH 2.0 tidak akan berlaku. Seandainya Menteri KDN ada otak dan dapat menyelami keadaan sebenar tentang tahap keselamatan negara, pastinya rakyat tidak perlu berasa gusar dan pelbagai sektor ekonomi tidak akan mengalami kerugian besar seperti yang sedang berlaku sekarang. BERSIH 2.0 bukannya dibuat serta dirancang secara sembunyi-sembunyi. Pakatan Rakyat telah mewuar-wuarkannya secara terbuka, penuh keangkuhan dan penuh menghasut. Malangnya Menteri KDN gagal bertindak. Bahkan dilihat seperti tidak mempunyai sebarang daya usaha untuk memastikan sebarang anasir subversif daripada mengancam keselamatan negara tidak masuk.
Tekanan demi tekanan daripada rakyat, tidak dihiraukan oleh Menteri KDN yang seorang ini. Dia masih sempat memberi amaran dan kemudian dengan wajah ceria serta gelak tawa cuba melarikan topik.
Maka timbullah persoalan, bagaimana seorang menteri yang sangat bercita-cita tinggi menjadi seorang Perdana Menteri, berkelayakan untuk tugas serta tanggungjawab tersebut sedangkan tugas serta tanggungjawabnya sekarang tidak mampu dipikul langsung.
Sama ada terlalu mengikut hierarki dan terpaksa membiarkan Najib Abdul Razak yang mengumumkan tindakan tegas terhadap penganjur serta penghasut BERSIH 2.0, Hishamuddin sebenarnya sudah pun gagal sepenuhnya. Bukan sahaja sebagai seorang Menteri sebaliknya sebagai pemimpin!
Hishamuddin sudah tidak layak bergelar pemimpin lagi. Pemimpin yang sepatutnya mendahulukan keselamatan negara, terlalu lembab dan tidak kelihatan peduli pun dengan masalah rakyat!
Dan sekarang, setelah Najib memberikan ruang kepada BERSIH 2.0 untuk mengadakan perhimpunan di dalam stadium, apa pula tindakan dan ulasan Hishamuddin Hussein? Masihkah lagi dia akan tersenyum lebar atau ketawa sambil menepuk-nepuk meja sambil memberi AMARAN KERAS?


0 comments:
Post a Comment