Maklumat yang diperolehi menunjukkan, golongan penyokong DAP dan subversif terutama orang tengah, pemborong dan pembekal sedang merancang untuk mengurangkan barangan makanan di pasaran. Barangan asas seperti gula, tepung, minyak masak dan susu bayi akan dikurangkan secara berperingkat-peringkat BERMULA ESOK sehinggalah selepas DEMONSTRASI BERSIH 2.0 di stadium.
Kaedah tersebut dibuat untuk melakukan tekanan terhadap kerajaan, sekaligus pada masa yang sama, akan menyebabkan rakyat semakin marah kepada kerajaan. Persepsi yang ditimbulkan ialah, kerajaan sedang menghukum rakyat, manakala polis pula telah menyebabkan bekalan makanan sukar diperolehi kerana tindakan menyekat, menahan serta merampas barangan yang disyaki mempunyai kaitan dengan BERSIH 2.0.
Sebelum ini pun, para pembekal, orang tengah dan pemborong telah pun melakukan perkara yang sama. Walaupun sekali imbas dilihat puak-puak ini cuba meningkatkan harga, tetapi matlamat utama adalah untuk memastikan rakyat menyalahkan kerajaan sepenuhnya kerana kekurangan bekalan di pasaran dan harga yang lebih tinggi dari harga biasa!
Maka, walaupun demonstrasi tidak jadi diadakan, tetapi serangan menerusi bekalan makanan ke pasaran dijangka lebih efektif dan lebih mudah menimbulkan huru-hara.
Kepada sekalian warga kota, ini adalah masanya untuk melakukan pembelian stok. Walaupun pembelian panik akan menyebabkan kekurangan barangan di pasaran, tetapi setidak-tidaknya, bekalan yang tersimpan boleh mengurangkan risiko daripada ketiadaan bekalan makanan sepanjang tempoh ini!!!


0 comments:
Post a Comment