Ketua Pemuda PAS Johor merangkap Pengerusi Pemulihatan Demokrasi dan Mobilasi Rakyat, Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat menonjolkan kebodohan dan kejahilannya yang sangat melampau. Dia menyeru agar polis dan kerajaan mematuhi titah perintah KDYM Yang Dipertuan Agong, tetapi pada masa yang sama, bercakap bohong tentang titah tuanku. Dalam titah khas SPB Yang Dipertuan Agong, tuanku secara jelas menentang BERSIH 2.0 dan menganggap demonstrasi jalanan yang hendak dilakukan oleh BERSIH 2.0 sebagai satu tindakan yang mencetuskan rusuhan dan kekacauan.
Hanya kerana rombongan Ambiga berjaya menghadap baginda tuanku, Suhaizan Kayat menganggap SPB Yang Dipertuan Agong telah mengiktiraf BERSIH 2.0? Konon-kononnya Najib telah dititahkan agar menyediakan stadium untuk monyet-monyet BERSIH melompat-lompat dan terjerit-jerit? Konon-kononnya juga penghadapan itu telah membawa kepada titah agar para pencetus kekacauan dan pengacau keamanan tidak boleh lagi ditangkap kerana tindakan pihak berkuasa itu menderhakai titah tuanku?
Orang bangang dan bahlol yang kerjanya makan taik sahaja yang akan percaya serta termakan dengan kata-kata sebegitu!
Secara jelas, rombongan Ambiga terpaksa menunggu lama di pondok pengawal sebelum diizinkan menghadap tuanku. Manakala tawaran agar perhimpunan dan demonstrasi dibuat dalam stadium telah dibuat lebih awal sebelum titah khas SPB Yang Dipertuan Agong lagi!
Apa yang bangang sangat si Suhaizan Kayat ini? Dikatakan kerajaan perlu menarik balik pentakrifan terhadap BERSIH walhal badan haramjadah itu sememangnya haram dan tidak berdaftar. Malah badan haramjadah itu juga sedang merancang hendak melakukan huru-hara ke atas rakyat Malaysia terutama di tengah-tengah Kuala Lumpur.
Suhaizan cuba menekankan tentang 8 tuntutan terhadap SPR. 8 tuntutan tersebut sebenarnya tidak memerlukan demonstrasi, kekacauan, huru-hara dan perarakan besar. Malah 8 tuntutan tersebut boleh diserahkan kepada SPB Yang Dipertuan Agong ketika Ambiga dan rombongannya menghadap baginda semalam.
Tetapi mengapa tidak dilakukan?
Sebabnya, BERSIH 2.0 sememangnya SUBVERSIF dan PERLU DIHAPUSKAN DENGAN APA CARA SEKALIPUN!!!


0 comments:
Post a Comment