Saturday, July 9, 2011

KUALA LUMPUR DAH JADI BANDARAYA ZOMBIE!!!

Jalan Tun H.S Lee lengang, selengang-lengangnya... Petaling Street dah pun ditutup!

Walaupun jalan di seluruh Kuala Lumpur telah disekat di sana sini, sebenarnya bagi yang sudah biasa dengan jalan-jalan utama Kuala Lumpur, untuk masuk ke pusat bandar bukanlah satu perkara yang sukar. Kecuali anda terpaksa berpusing jauh dan sekatan demi sekatan menyebabkan anda mulai berasa bosan kerana terpaksa mencari jalan jauh sebelum benar-benar dapat berada di kawasan jantung Kuala Lumpur.

Pun begitu, beberapa tempat seperti Dataran Merdeka, Masjid Jamek Kampung Bharu dan Pasar Seni telah ditutup sepenuhnya dan anda hanya boleh menyusurinya dengan berjalan kaki. Begitu juga dengan Jalan Raja Alang iaitu jalan yang menghubungkan Jalan Batu atau Jalan Tunku Abdul Rahman dengan Masjid Jamek Kampung Bharu telah ditutup sepenuhnya. Begitu juga dengan Jalan Raja Abdullah dari kedua-dua belah arah.

Istana Negara pula hanya ditutup pada sebelah jalan. Manakala sebahagian Jalan Pahang dari arah Bulatan Jalan Pahang ke Chow Kit telah ditutup. Begitu juga dengan jalan pintas melalui IJN dan Hospital Besar Kuala Lumpur. Jalan Raja Muda di Kampung Bharu ditutup sepenuhnya.

Untuk kali pertama, penulis dapat melihat betapa kosong dan sepinya Kota Raya yang pernah menjadi port lepak penulis ketika zaman remaja pertengahan 80-an dahulu.

Jalan Raja Laut masih lagi dibuka, tetapi hanya boleh membelok ke Jalan Pahang menuju ke Bulatan Jalan Pahang. Bahagian yang ditutup adalah Jalan Tunku Abdul Rahman. Untuk membuat pusingan U, perlu masuk ke bahagian belakang Panggung Federal dan keluar semula ke Jalan Chow Kit. Begitu juga, jalan ditutup dari Jalan Tun Razak memasuki Jalan Ipoh, mahupun menuju ke Hotel Vistana mengikut jalan pintas di Hentian Bas Pekeliling.

Bahagian hadapan Ibu Pejabat PAS dipenuhi oleh polis. Salah sebuah hotel, menjadi port polis-polis berdasarkan motosikal-motosikal polis diparkir di hadapan hotel terbabit. Laluan ke Seri Pacific dan Hentian Putra bagaimanapun, tidak ditutup walaupun Hentian Putra dihentikan operasinya buat sementara dengan bas-bas yang menggunakan stesen tersebut telah dilencongkan ke BTS.

Bukit Bintang juga sunyi sepi. Tidak ramai pelancong asing di Bukit Bintang. Bahkan pelacur-pelacur pondan juga tidak berkeliaran.

Satu-satunya kawasan yang masih dibuka dan boleh dikunjungi adalah Bukit Bintang. Sekalipun Bukit Bintang merupakan 'syurga' kepada para pelancong asing, nampaknya polis tidak memperlihatkan ketegasan di situ. Barangkali polis mengambil keputusan bahawa kawasan tersebut tidak akan menjadi pengacau kepada Operasi BERSIH yang akan dilakukan siang nanti.

Pun begitu, sewaktu penulis sampai ke Bukit Bintang, kawasan yang terkenal dengan manusia-manusia yang tidak faham erti siang atau malam, tidak langsung kelihatan. Kalau ada pun, hanyalah beberapa orang pelancong asing yang barangkali menginap di hotel-botel berhampiran Bukit Bintang.

Di sini jugalah tempat PATRIOT akan berkumpul dan bertempur secara berhadapan dengan puak-puak BERSIH!

Apa yang boleh disimpulkan ialah, polis telah melakukan tugas dengan baik untuk mematahkan rancangan Pakatan Rakyat untuk menghuru-harakan Kuala Lumpur dengan helah bangang mereka.

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template