IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Saturday, July 2, 2011

MAT SABU KONFIDEN PENGUNDI MUDA PILIH PAKATAN RAKYAT!!!

Saturday, July 2, 2011
Mat Sabu sangat berkeyakinan pengundi-pengundi muda akan memenangkan Pakatan Rakyat dan membolehkan Pakatan Rakyat menawan sekurang-kurangnya tujuh negeri pada PRU13 nanti. Dan mungkin kerana itulah, Mat Sabu bersungguh-sungguh mahu agar demonstrasi KOTOR dan kekacauan dilakukan di tengah-tengah Kuala Lumpur kerana Mat Sabu serta kepimpinannya sangat tahu, golongan muda sangat memilih anti-establishment.

Tetapi benarkah seperti yang diyakini oleh Mat Sabu?

Mungkin terfana dengan pembabitan aktif golongan muda di dalam Pakatan Rakyat, terutama menerusi media baru, membuatkan Mat Sabu berfikir yang golongan dan pengundi muda berada di sebelah pihak Pakatan Rakyat.

Namun berdasarkan perkembangan terkini, Pakatan Rakyat dilihat sedang kehilangan lebih ramai penyokong dari kalangan pengundi dan golongan muda. Dek kerana itulah, Pakatan Rakyat bersungguh-sungguh mahukan demonstrasi KOTOR 2.0 diadakan di tengah-tengah Kuala Lumpur.

Daya tarikan utama bagi golongan muda adalah sesuatu yang bersifat subversif kerana golongan muda terdiri daripada golongan yang sentiasa marah. Lebih banyak tindakan tidak menggunakan akal, lebih banyaklah sokongan yang akan diterima. Dan ini bukanlah sesuatu yang menghairankan, sebaliknya ia adalah lumrah di seluruh dunia.

Gerakan Anti-BERSIH adalah tindakbalas tidak dirancang. 99% daripada keahlian Anti-BERSIH adalah dari golongan muda. Bahkan puak-puak yang sedang mengasah parang dan memerhatikan setiap orang yang berbaju kuning bertulisan BERSIH 2.0 juga adalah dari golongan muda yang sangat agresif dan dipenuhi perasaan marah.

Benarkah golongan muda memilih Pakatan Rakyat atau Mat Sabu sebenarnya sangat bimbang dengan perubahan sokongan golongan muda yang pada mulanya kelihatan menyokong Pakatan Rakyat, tetapi sekarang menjadi puak yang sangat membenci Pakatan Rakyat, khususnya PAS yang sentiasa menipu dengan menggunakan agama?

Mat Sabu sendiri sebenarnya sangat gentar sekiranya akidah dan pegangannya didedahkan kepada umum!!!

0 comments:

Blog Archive

Labels