Friday, July 8, 2011

MAT SABU NAK TUNJUK BERANI... BANYAK MINUM AIR JAMPI LER TUH!!!

Mat Sabu nak masuk juga ke Kuala Lumpur dan berjalan kaki ke Stadium Merdeka. Bersemangat sungguh Abang Mat kita nih... barangkali ada ler apa-apa janji Ambiga kepadanya. Dan barangkali juga malu alah ler dia kalau dia juga mengendurkan ketegangan yang tidak bermakna.

Atau barangkali Mat Sabu masih lagi beranggapan pihak polis akan bertolak ansur dengan BERSIH 2.0 dan melepaskan para pesertanya seperti yang berlaku pada tahun 2007.

Dan kalau itulah yang difikirkan oleh Mat Sabu, dia tersilap besar. Dengan kehadiran anggota tentera yang sudah tentu akan mengawal di segenap penjuru Kuala Lumpur bagi mengelakkan kejadian mencuri dan merosakkan harta awam setelah polis 'mengurung' Bandaraya pada Sabtu ini, apa yang dilakukan oleh Mat Sabu sebenarnya adalah mengundang bahaya yang lebih besar, bukan sahaja kepada dirinya tetapi kepada para pengikutnya.

Tiada sebarang tanda-tanda tolak ansur pihak berkuasa dalam menyekat perarakan BERSIH 2.0. Bahkan polis semakin memperhebatkan gerakan membanteras, menangkap dan memasung penghasut-penghasut. Apatah lagi nama Mat Sabu berada dalam senarai orang yang tidak boleh berada di mana-mana kawasan Kuala Lumpur.

Apakah Mat Sabu sebenarnya sedang membawa ahli-ahli PASbiol untuk berperang dengan pihak berkuasa dan pihak keselamatan? Apakah rasa-rasanya air jampi yang diminum sudah mampu melawan panas peluru timah dan peluru tembaga?

Atau sudah terjaminkan tempat di syurga bagi pemercaya-pemercaya akidah songsang yang mengatakan mereka akan syahid jikalau ditembak polis dan tentera Malaysia dalam demonstrasi yang akan mencetuskan huru-hara itu?

Secara jelas, Mat Sabu sememangnya seorang yang sesat dan menyesatkan!!!

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template