Lelaki Cina yang menahan 4 orang guru dan 30 orang kanak-kanak di Taman Cemerlang Sungai Abong, Muar, disahkan meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah setelah terkena satu das tembakan di kepalanya. Bagaimanapun, tindakan polis melepaskan satu das tembakan tersebut telah menyelamatkan semua mangsa tebusannya. LOI HUI CHUNG, 40, meninggal dunia lebih kurang pada pukul 9.15 malam tadi.
Nampaknya lepas BERSIH nanti, DAP ada lagi modal untuk berdemonstrasi dan mencetuskan isu. Tentunya selepas SPRM, polis akan menjadi sasaran kecaman DAP. DAP dan Pakatan Rakyat sebelum ini telah menjadikan polis sebagai sasaran dalam beberapa kes yang melibatkan kematian penjenayah.
Peristiwa Kugan dan Teoh Beng Hock akan kembali berulang. Dan tidak mustahil juga akan ada pemimpin PAS yang memegang lilin sambil terhangguk-hangguk depan keranda si mati sepertimana yang dilakukan oleh Nizar Jamaluddin terhadap mayat Teoh Beng Hock!!!
Untung sungguh jadi rakyat Malaysia... hari-hari makan lauk politik sajalah... semua benda boleh dipolitikkan. Nak hantar memorandum pun kena berarak dan berdemonstrasi ratusan ribu orang di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur!!!
Dan akhirnya yang disusahkan bukanlah para pemimpin DAP dan Pakatan Rakyat, sebaliknya rakyat yang tidak mengira apa parti yang dianuti!!!


0 comments:
Post a Comment