The Flying Kick dengan ini merakamkan takziah kepada MiloSuam. Walaupun The Flying Kick dan Cucu Tok Wan tidak mengenali MiloSuam secara rapat dan dekat, tetapi sebagai sesama blogger, TFK dan Cucu Tok Wan turut bersimpati dengannya.
Begitu juga dengan Pak Karamu yang telah menjadi objek laporan polis oleh beberapa NGO ekoran kenyataannya yang dianggap menghina Paduka Sultan Pahang.
MiloSuam telah ditahan oleh polis di Glenmarie pada subuh tadi bersama beberapa orang rakannya kerana memakai baju BERSIH dan penemuan beberapa pasang baju T BERSIH di dalam buntut kereta yang ditumpanginya.
Manakala blogger Pak Karamu pula dianggap menghina Sultan Pahang apabila mempersoalkan keintelektuan dan pengetahuan Paduka Sultan Pahang terhadap Perlembagaan dan undang-undang negara.
Walaupun tidak sependapat dan berkongsi ideologi dengan MiloSuam mahupun Pak Karamu, TFK dan Cucu Tok Wan turut bersimpati dengan kedua-dua orang blogger pekat Pro-Pakatan itu.
Pendapat TFK dan Cucu Tok Wan amat mudah, blogger walaupun sesetengahnya menjadi alat kepada pemimpin tertentu, tetapi menzahirkan pendapat berdasarkan persekitaran mereka. Mungkin ada blogger yang terlebih dan terbabas memandangkan blogger bukanlah wartawan yang mempunyai etika serta garis panduan bersandarkan majikan masing-masing, namun apabila blogger menyediakan diri mereka untuk dipergunakan oleh orang lain atas nama perjuangan, sebenarnya blogger sendiri mengambil risiko yang sangat besar.
Dan kerana itulah, blogger perlu sentiasa bijak menyesuaikan pendapat serta pandangan mereka walau apa pun akidah serta kecenderungan politik masing-masing. Blogger perlu sentiasa menjadi LUTUNG KESARUNG bagi memperolehi input yang lebih besar dan lebih banyak berbanding bertindak sebagai orang tolol yang akhirnya ditangkap serta diperangkap dengan mudah!
Ibarat tentera yang bergerak di medan juang, jangan sampai tertangkap dan jangan sampai tertawan. Tentera yang ditawan, sebenarnya adalah tentera yang capit. Yang ada sekarang, hanyalah dua pilihan iaitu BUNUH DIRI atau MEMBUNUH SEBELUM DIBUNUH!!!


1 comments:
Padan ngan muka milosuam.....dah tak suam dah......ini mesti panans.
Post a Comment