Wednesday, July 6, 2011

NURUL IZZAH ADALAH ORANG YANG PALING LEGA SEBAB BERSIH 2.0 DIBATALKAN!!!

Apabila KDYMM Yang Dipertuan Agong menitahkan agar BERSIH 2.0 dibatalkan dan tawaran pula dibuat oleh Najib agar Pakatan Rakyat mengadakan perhimpunan di dalam stadium, orang yang paling lega sudah tentulah Nurul Izzah Anwar Ibrahim!!!

Lembah Pantai yang diwakilinya sebenarnya sedang bergolak hebat. Nurul Izzah yang dilihat sangat pincang, dan gagal menyesuaikan diri dengan warga marhein yang merupakan majoriti di konstituensi tersebut, telah dicabar agar mendatangkan seberapa ramai ahli-ahli PKR dari Lembah Pantai untuk demonstrasi di tiga lokasi di tengah-tengah Kuala Lumpur.

Nurul Izzah sebenarnya mengalami krisis kepimpinan yang sangat teruk di Lembah Pantai. PKR Lembah Pantai sendiri sebenarnya sudah lumpuh dan Pakatan Rakyat di Lembah Pantai hanya bergantung sepenuhnya kepada PAS.

PAS Lembah Pantai pula khabarnya telah mendesak agar pada PRU13 kali ini, kawasan tersebut mereka yang tandingi, bukan lagi PKR. (RUJUK DI SINI)

Sememangnya Pakatan Rakyat sedang berhadapan dengan kesukaran mempertahankan Lembah Pantai pada PRU yang akan datang. Keaktifan Raja Nong Chik dan UMNO Lembah Pantai terutama dalam menangani masalah-masalah yang melibatkan rakyat marhein, telah menyebabkan PKR terhumban.

Contoh terbaik ialah ketika para penghuni di Jalan Kubor Pantai Dalam mengalami bencana kebakaran, Nurul Izzah ketika itu berada di Kuching dan hanya sampai untuk membuat lawatan singkat tiga hari selepas kejadian. Sudahlah dia lambat turun, dia juga mengulangi perangai PAPA JAHAT KOTE BENGKOKnya yang kuat berbohong apabila mengatakan warga malang yang mengalami bencana kebakaran tersebut telah dibantu oleh AMK dan ditempatkan di Surauh Al-Falah, kubu kuat PAS, walhal apa yang berlaku adalah, warga berkenaan dibantu oleh UMNO Lembah Pantai dan mereka ditempatkan di Balai Raya Simpang Tiga, Pantai Dalam!

Itu contoh yang sangat jelas bagaimana anak Anwar Ibrahim yang dianggap sebagai calon parachute, tidak sesuai di Lembah Pantai. Bahkan semakin kuat pula desakan (sindiran) agar Nurul Izzah bertanding di Permatang Pauh atau tempat-tempat selamat lain di Petaling Jaya.

Kesian anak perempuan si KOTE BENGKOK...

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template