Semalam, Shamsul Iskandar Mohd Akin hadir dalam mesyuarat pemimpin-pemimpin pengacau di Bangunan G Tower, Jalan Tun Razak. Bagaimanapun, tiada sebarang ulasan yang keluar dari Ketua AMK yang sangat penakut tetapi berlagak berani itu. Sebelum polis membuat tangkapan serta memburu puak-puak pengacau, Shamsul Iskandar Mohd Akin sangat banyak mulut. Bahkan menghasut orang ramai agar menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan.
Sekarang, dia sudah kecut perut. Mungkin juga Shamsul Iskandar Mohd Akin sedang diserang penyakit terkencing-kencing. Hilang sudah suaranya.
Bagaimanapun, daripada maklumat yang diterima, Shamsul Iskandar Mohd Akin sedang diburu kerana keceluparannya. Siapa yang memburunya, tidak pula diketahui. Harap-harap pihak yang memburu Shamsul Iskandar Mohd Akin adalah pihak berkuasa, bukannya orang ramai. Sebabnya, Shamsul Iskandar Mohd Akin masih lagi 'selamat' jikalau dia diambil oleh pihak berkuasa, tetapi sekiranya orang ramai yang semakin marah dengan keangkuhan BERSIH yang masih mahu mengadakan demonstrasi di Stadium Merdeka, memang susahlah hidupnya!


0 comments:
Post a Comment