Thursday, July 7, 2011

PEMBETULAN FAKTA!!!

Berdasarkan kepada e-mail dan komen yang diterima daripada pengkomen bernama Zukhairi Rahim, pembetulan berikut adalah dibuat:

Zukhairirahim <zukhairirahim@gmail.com> (unregistered) wrote:

Untuk pengetahuan saudara2 sekelian, program ini bukan utk mempromosi BERSIH. harap jgn salah faham, program ni sebenarnya adalah dgn kerjasama Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA). ILMU ni adalah sebahagian besarnya dari kalangan Ahli-ahli Ulama Muda UMNO. mereka lah yg kerap menyerang auta-auta dari Ulama-Ulama PAS dengan memberikan fakta-fakta sebenar menurut pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. diharap tuan empunya Blog dapat perbetulkan salah faham ini. t.kasih

Justeru, posting USAHA TERDESAK, MASJID NEGARA BUAT PENJELASAN, perlu diperbetulkan. Forum 'Siapa Kata Demonstrasi Itu Haram?' yang akan diadakan pada 7 Julai telah ditukarkan dari Masjid Negara ke Memorial Tunku Abdul Rahman, anjuran Ilmuan Muda Malaysia (ILMU) jam 8 malam tadi.

Ahli-ahli panel yang mengupas tajuk berkenaan adalah Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya, Ustaz Muhammad Asri Sobri, Ustaz Dr. Fadlan Mohd Othman dan Ustaz Idris Sulaiman.

Seperti yang dijelaskan oleh Zukhairi Rahim, majlis berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan BERSIH sebaliknya merupakan forum yang menjelaskan tentang demonstrasi berdasarkan ajaran Islam dan forum tersebut dianjurkan oleh pertubuhan yang dianggotai oleh ulama-ulama muda UMNO yang banyak menyangkal serta menangkis ajaran-ajaran sesat PAS serta Pakatan Rakyat.

Oleh kerana itu, The Flying Kick dan Cucu Tok Wan menyusun jari memohon maaf di atas kekhilafan dan kekeliruan yang telah ditimbulkan.


0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template