Tuesday, July 5, 2011

PENCACAI MEROYAN SEBAB TAK BOLEH MERUSUH DI JALANAN!!!

Baju kuning dah beli. Duit belanja pun dah dapat. Semangat dah cukup tinggi. Hari-hari telinga dan otak dah ditarbiyyah untuk menyertai demonstrasi jalanan. Hari-hari diberitahu bahawa demonstrasi jalanan akan berjaya menggulingkan UMNO-BN. Bayangan kejayaan Pakatan Rakyat untuk menjajah Putrajaya diberikan dan para pencacai sekalian sudah berangan-angan untuk menjadi kaum pemenang sekalipun sebenarnya, kaki mereka tidak menjejak tanah dalam angan-angan yang diberikan.

Alih-alih Duli Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong menitahkan agar demonstrasi jalanan BERSIH 2.0 dibatalkan. Meroyan habis kaum pencacai sehingga ada yang tidak dapat menahan sabar dan emosi lantas menggelarkan KDYMM Yang Dipertuan Agong sebagai 'bodoh', bahkan ada yang menyarankan agar institusi diraja digulingkan kerana kononnya telah dipergunakan oleh UMNO-BN.

Pendek kata, apa-apa sahaja agensi dan institusi yang menentang BERSIH 2.0, semuanya telah dijadikan alat oleh UMNO-BN yang dikatakan takut dijatuhkan oleh demonstrasi rakyat. Seolah-olah semua pihak tidak boleh berfikir dan bertindak, sebaliknya terpaksa ikut sahaja telunjuk UMNO-BN. Seolah-olah UMNO-BN terlalu berkuasa di negara ini sekalipun hakikatnya, UMNO-BN terpaksa bergelut kerana kalah dan dibenci oleh sebilangan rakyat Malaysia sehingga mereka kehilangan lima buah negeri pada PRU12 lalu.

Dan tiba-tiba pula Ambiga Sreevanasan mengatakan Himpunan BERSIH 2.0 akan mengikut NASIHAT Najib Abdul Razak iaitu diadakan di dalam stadium!

Adakah Ambiga Sreevanasan menjadi alat UMNO? Adakah UMNO telah berjaya mempengaruhi Ambiga Sreevanasan agar mengikut nasihat UMNO dan penentang BERSIH 2.0 dari awal lagi iaitu adakan himpunan di kawasan tertutup seperti stadium?

Para pencacai meroyan sakan! Kata mereka, buat di dalam stadium tidak jadi masalah. Mereka akan ikut dan mereka akan akur. Tetapi pada masa yang sama, mereka juga tetap akan mengadakan demonstrasi di jalanan. Janji mereka, mereka sudah patuh dengan perintah dan titah. Selepas itu, mereka akan tetap mengadakan demonstrasi jalanan kerana itulah kehendak 'rakyat'.

Jadi, selepas himpunan dalam stadium, mereka akan berarak di jalan raya di Kuala Lumpur pula. Kalau polis atau pihak berkuasa bertindak, bermakna pihak polis tidak menghormati kehendak 'rakyat'.

Dengan kata lain, bagi mereka, apa yang dikatakan oleh Ambiga Sreevanasan hanyalah satu taqiyyah atau helah. Setidak-tidaknya polis tidak lagi akan bertindak keras dan tegas. Sekurang-kurangnya polis tidak akan lagi melakukan tangkapan dan pembersihan BERSIH 2.0 dengan melakukan serbuan serta merampas segala peralatan BERSIH 2.0.

Para pencacai benar-benar meroyan!

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template