Bekas peguam yang merupakan suspek pembunuhan jutawan Allahyarhamah Sosilawati Lawiyah akan dibicarakan selama tiga bulan bersama pembantu-pembantunya. Pembunuhan kejam jutawan kosmetik Sosilawati menggemparkan negara. Dan pembunuhan tersebut turut mendedahkan kekejaman lain yang turut dilakukan oleh suspek menggunakan modus-operandi yang sama.
Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat cuba mengelak daripada mengakui suspek berkenaan adalah salah seorang daripada pembiaya dan penyokong kuat DAP.
Kalau didapati bersalah, suspek akan digantung sampai mati kerana kesalahan membunuh dan melupuskan mayat Sosilawati bersama-sama tiga mangsa yang lain.
Signifikannya kes ini ialah ia akan dibicarakan pada ketika negara sedang diganggu-gugat oleh elemen-elemen subversif serta komunis. Walaupun sebahagian besar pemimpin Pakatan Rakyat berpendapat mereka akan terselamat daripada sebarang tindakan undang-undang, namun apa yang pasti ialah, setiap gerak-geri mereka sekarang sedang diperhatikan dengan teliti, baik oleh pihak berkuasa, mahupun oleh rakyat biasa.
Rakyat Malaysia yang sudah bosan dan jelak dengan pelbagai kerenah pemimpin Pakatan Rakyat masih lagi bersabar daripada mengambil tindakan sendiri. Bagaimanapun, berdasarkan kepada situasi terkini, kecenderungan ke arah itu sedang berlaku.
Tindakan pantas dan konkrit daripada pihak berkuasa sahaja yang dapat mengurangkan bahang dan kemarahan majoriti rakyat Malaysia sekaligus mengelakkan daripada berlakunya sesuatu yang lebih buruk membabitkan para pemimpin Pakatan Rakyat dan pencacai-pencacai mereka!


0 comments:
Post a Comment