Sunday, July 3, 2011

PUNYALAH BANGANG, TAK TAHU BEZA ANTARA PENGGANAS KOMUNIS DAN NEGARA KOMUNIS!!!

Kalau kita perhatikan dan amat-amati, kecenderungan untuk MENGHALALKAN keganasan komunis di negara ini semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. DAP menerusi pemimpin-pemimpin utama mereka seperti Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang menganggap komunis bukanlah ancaman pada zaman ini. Manakala para pemimpin PAS pula, menganggap komunis adalah sebahagian daripada satu cerita mitos yang 'mungkin ada, mungkin tidak'.

Keganasan komunis di negara ini bermula dari tahun 1940-an. Walaupun hakikatnya, Parti Komunis Malaya yang merupakan salah satu daripada cabang Parti Komunis Nanyang merupakan antara parti yang tertua di negara ini, namun PKM yang bekerjasama dengan British pada era Perang Dunia Kedua dan mendapat pelbagai bantuan, termasuklah persenjataan serta perubatan selain duit ringgit, telah menjadikan penduduk tempatan terutama sekali orang Melayu sebagai sasaran, memandangkan orang Melayu pada peringkat awal menyokong kemasukan tentera Jepun ke negara ini setelah terpedaya dengan helah 'Asia Untuk Asia' dan pembebasan daripada Orientalis.

Kerana itulah, KMM yang disertai oleh para pemimpin kiri Melayu seperti Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaakob dan Pak Sako bekerjasama dengan Jepun. Kedatangan Mokhtaruddin Lasso yang melarikan diri dari Jawa membawa fahaman komunis telah menyebabkan KMM mula tertarik dengan revolusi.

Sebabnya, Komunis beranggapan hanya revolusi yang boleh membebaskan negara ini. Bagaimanapun KMM tidak begitu diminati oleh penduduk negara ini, bahkan tidak popular pun di kalangan orang Melayu.

Golongan pejuang kiri Melayu hanya bersetuju untuk bersama-sama PKM apabila Jepun keluar dari negara ini dan British enggan memberikan kemerdekaan. Persetujuan Tentera Jepun untuk memerdekakan negara ini bersama-sama Indonesia pada tahun 1947, terbantut dengan kedatangan Tentera British dan pentadbiran diambilalih oleh BMA.

Dan selepas itulah pejuang kiri Melayu menyertai PKM dengan PKM menubuhkan sayap Melayunya iaitu Regimen Ke-10 PKM yang sebenarnya tidak diberikan senjata, sebaliknya sekadar untuk menarik orang Melayu menyertai PKM semata-mata.

Kekejaman pengganas komunis selepas itu, kurang disertai oleh Rejimen Ke-10 PKM. Sebaliknya Rejimen Ke-10 PKM masih mengekalkan identiti mereka sebagai pejuang kemerdekaan menerusi saluran politik biarpun British mengharamkan mereka kerana kaitan mereka dengan PKM.

Dari situ, PKM memperkenalkan Rejimen Ke-10 sebagai komunis, walhal golongan berkenaan bukanlah komunis. Dan sehingga kini para penyokong komunis kekal melabelkan Rejimen Ke-10 sebagai sayap tidak bersenjata PKM sedangkan hanya sebahagian daripada mereka yang merupakan PKM tegar.

Itu sejarahnya...

Bagaimanapun, apabila para pencacai KOMUNIS pada zaman sekarang, melabelkan KOMUNIS sebagai pejuang kemerdekaan negara ini, ia adalah sesuatu yang sangat janggal selepas segala perbuatan yang dilakukan oleh Chin Peng serta gerombolannya.

Dan apabila Husam Musa MEMPEROLOK-OLOKKAN keganasan komunis dengan mengatakan, cerita tentang keganasan gerombolan komunis di negara ini sebagai satu cerita 'YANG TIDAK DAPAT DISAHKAN' dan 'MUNGKIN ADA, MUNGKIN TIDAK ADA', sebenarnya ia merupakan sesuatu yang tidak mengejutkan kerana PAS yagn sangat terdesak untuk mendapatkan sokongan kaum Cina akan sanggup melakukan apa-apa sahaja hatta menyelewengkan fakta sejarah.

Namun paling membangangkan ialah apabila terdapat cubaan daripada para pencacai untuk menyamakan antara keganasan komunis di negara ini dengan hubungan diplomatik Malaysia dengan beberapa buah negara komunis di dunia ini.

Keganasan komunis di negara ini sebenarnya sangat berbeza dengan hubungan diplomatik Malaysia dengan negara-negara komunis. Ia umpama PAS dengan Islam. PAS dan Islam adalah berbeza sama sekali. PAS hanyalah salah satu daripada komponen dalam politik demokrasi yang menggunakan Islam untuk mendapatkan kuasa, manakala Islam adalah sebuah agama yang menjadi akidah dan pegangan umat manusia. PAS boleh berubah manakala Islam akan kekal sampai ke hari akhirat!!!

Menjadikan hubungan diplomatik Malaysia dengan negara-negara komunis untuk menghalalkan keganasan komunis, merupakan tindakan yang paling kejam terhadap rakyat negara ini. Tiada sebarang cara yang boleh digunakan untuk menghalalkan perbuatan komunis yang telah mendatangkan kerosakan dan masalah kepada negara. Dan sebarang cubaan untuk menerapkan elemen-elemen komunis di negara ini juga tidak boleh dimaafkan sama sekali.

Barangkali elok juga kalau para pencacai dan penyokong komunis yang sedang membutakan mata dan akal mereka, memikirkan mengapa Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah berusaha bersungguh-sungguh untuk meruntuhkan fahaman komunis walaupun pada masa yang sama, menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara komunis.

Pada masa yang sama, para pencacai Pakatan Rakyat seharusnya memikirkan juga hubungan Islam dengan kaum kafir sungguhpun Islam sentiasa mengingatkan umatnya tentang ancaman kaum kafir tetapi masih menggesa hubungan baik umat Islam dengan kaum kafir, kecuali setelah kafir berkenaan bertukar menjadi harbi!!!

1 comments:

Anonymous said...

aku dah cakap....siapa yg tlh menyerang balai polis bukit kepong dulu....munkin org tu idup lagi kini takkk...siasatttt

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template