Saturday, July 9, 2011

SEMAKIN BANYAK LANDROVER POLIS MENGHALA KE KUALA LUMPUR

Penulis keluar dari Ampang menuju ke Melaka lebih kurang pukul 11.50 malam tadi. Dari rumah menuju ke Lebuh Raya Utara Selatan, beberapa sekatan jalan raya oleh polis terpaksa ditempuhi. Agak lama berada di sekatan di Taman Kenchana sebelum dibebaskan. Penulis bagaimanapun mengelakkan MRR2 dan masuk ikut Sungai Besi. Bagaimanapun, Tol Sungai Besi BESRAYA sesak teruk dari arah Seri Kembangan ke Kuala Lumpur.

Memasuki kawasan Bangi menuju persimpangan Kajang, terdapat beberapa sekatan, juga dengan sesak dengan pebagai jenis kenderaan yang berbaris panjang. Terdapat sebuah ambulan yang pastinya membawa pesakit berdasarkan siren. Malangnya, tiada ruang untuk ambulan tersebut.

Menuju ke Melaka, perjalanan lancar. Dan selepas menyelesaikan tugasan di Melaka, penulis sekarang dalam perjalanan pulang ke Ampang. Ketika menuju ke Melaka, konvoi landrover dan lori polis berdedai-dedai menuju ke pusat Bandaraya. Dan ketika pulang juga, jumlah konvoi tidak berkurangan.

Penulis kini berada di Sungai Ramal, Kajang. Jalan Kajang ke Putrajaya tadinya sesak teruk, kini beransur kurang. Anggota-anggota PGA yang melakukan sekatan jalan dan sebuah pondok bit berada di tepi simpang menuju ke Taman Ramal Suria.

Berdasarkan kepada pemerhatian, nampaknya kawalan tidak dilonggarkan oleh pihak berkuasa, bahkan semakin diperketatkan. Semakin kurang, kenderaan menuju ke pusat bandar. Namun semakin banyak pula kenderaan-kenderaan polis yang sedang bergerak ke arah tersebut.

Tahniah kepada BERSIH yang menyusahkan warga kota!

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template