Wednesday, July 6, 2011

SEMAKIN SAH, BERSIH 2.0 ANAK DIDIK MUSUH NEGARA!!!

Yang pastinya terdapat negara asing dalam BERSIH 2.0. Sama ada menerusi sokongan yang diberikan secara langsung atau pun sekadar sokongan menerusi kehadiran. Pakatan Rakyat yang bermesyuarat petang tadi telah mengumumkan kehadiran kedutaan Amerika Syarikat, Britain, Australia dan Itali.

Secara tidak langsung, kehadiran duta-duta berkenaan dalam kempen yang dilihat bersifat subversif sekalipun mereka mendakwa untuk menuntut ketelusan berpilihanraya, telah membenarkan teori tentang kuasa luar yang ingin campurtangan di Malaysia.

Ambiga Sreevanasan telah pun mengakui yang BERSIH 2.0 menerima bantuan dan dana asing, termasuklah daripada Madeleine Albright dan George Soros. Bank Negara dan pihak polis juga sedang menyiasat akaun-akaun kewangan Ambiga di salah sebuah bank tempatan yang salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat adalah pemegang saham utamanya.

Petang tadi, pukul 5 petang tadi, satu Hi-Tea telah diadakan oleh Marina Chin Abdullah dan Mat Sabu dengan kedutaan asing di Bangunan G Tower, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Dilaporkan antara kedutaan yang hadir adalah Austria, Korea Selatan, Arab Saudi, New Zealand, Finland, Sepanyol, Argentina, Jepun dan Croatia.

Sebahagiannya Duta sendiri yang hadir menerusi pendaftara kereta yang menunjukkan ia adalah milik Duta.

Nampaknya Anwar Ibrahim cuba mengembalikan taktik seperti Reformasi 1998 dengan menggunakan pengaruh kuasa asing yang cuba memperkotak-katikkan pentadbiran negara.

Anehnya, semua itu berlaku ketika Malaysia diisytiharkan sebagai satu-satunya Negara Islam yang terselamat daripada kemelut ekonomi dan politik!

Ulangan Reformasi 1998 cuba dilakukan oleh Anwar Ibrahim... masalahnya, yang kekal menyokong Anwar Ibrahim hanyalah empat kedutaan iaitu Amerika Syarikat, Britain, Australia dan Itali. Dan keempat-empat negara berkenaan pula, mempunyai pergantungan yang sangat besar kepada Malaysia, walaupun Amerika Syarikat seringkali mencongak-congak dan berusaha melakukan campurtangan secara langsung terutama menerusi NGO-NGO dan agensi-agensi yang mendapat modal daripada pemodal-pemodal Amerika Syarikat yang merupakan fraksi dan proksi Zionis!!!

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template