Tuesday, July 12, 2011

SI BAHLOL MANA PULAK BUAT PANGGILAN BOM PALSU DI KOMTAR?

Bahlol manalah agaknya yang membuat panggilan palsu tentang kewujudan bom di KOMTAR? Siapa agaknya yang mendapat keuntungan paling besar tentang panggilan bom palsu tersebut beberapa hari selepas demonstrasi BERSIH 2.0 di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur? Dan siapa sebenarnya yang terdesak agar tiada sebarang demonstrasi atau perarakan dibenarkan di Pulau Pinang dengan kes panggilan bom palsu itu?

Itu adalah antara persoalan-persoalan yang ditimbulkan apabila polis mengesahkan bahawa satu panggilan telefon mendakwa ada bom di KOMTAR memaksa polis mengeluarkan arahan pengosongan bangunan tersebut. Dan siasatan polis menemui tiga buah beg berwarna merah, biru dan hitam yang setiap satu mengandungi seekor anak babi, biawak dan itik hitam.

Ketiga-tiga beg tersebut ditinggalkan di hadapan pintu lif di tingkat tiga bangunan yang menempatkan pejabat kerajaan termasuklah Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang. Kejadian tersebut berlaku pada pukul 4.00 petang tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayob Yaakob jelas marah dengan kerja gila dan bahlol itu. Malah menegaskan bahawa polis sedang melakukan siasatan berdasarkan rakaman CCTV.

Menariknya, berdasarkan tag nama yang terdapat pada ketiga-tiga beg tersebut, motif yang diperlihatkan adalah ketidakpuasan hati terhadap Lim Guan Eng dan pentadbiran negeri.

Bahlol benarlah si pelaku berkenaan yang kemudian menghubungi polis untuk memberitahu tentang bom di KOMTAR yang kemudiannya menjuruskan polis kepada penemuan anak babi, itik hitam dan biawak.

Nampaknya sudah ada pihak yang sangat terdesak dan terpaksa menggunakan SKRIP MURAHAN untuk mendapatkan publisiti!!!


0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template