Monday, July 4, 2011

SI TELUR SEBIJI INI PERLU DIHALAU DARI MALAYSIA!!!

Hishamuddin Rais adalah si bangsat dan si pengecut yang melarikan diri ke luar negara pada tahun 1974 apabila diburu oleh pihak berkuasa. Si pengecut ini seumur hidupnya tidak pernah melakukan sebarang kebaikan kepada negara, sebaliknya sentiasa berusaha melakukan kerosakan kepada masyarakat dan negara.

Si pengecut ini adalah penjilat Anwar Ibrahim yang paling tegar. Hidupnya hanyalah Anwar Ibrahim sebab Anwar Ibrahim yang membolehkan dia balik ke Malaysia pada tahun 1996 selepas melarikan diri ke luar negara selama lebih 20 tahun.

Kononnya semasa hendak balik ke Malaysia, dia berjanji yang dia tidak akan terlibat dengan sebarang masalah politik. Dia akan memberikan sumbangan yang bermakna kepada negara. Merayu-rayu dia nak balik ke Malaysia dan Tun Dr. Mahathir yang terpedaya dengan Anwar Ibrahim, akhirnya menandatangani surat yang membenarkan si pengecut ini balik ke Malaysia.

Untuk beberapa tahun selepas kepulangannya, dia tidak banyak buat perangai. Begitu juga pada ketika Anwar Ibrahim ditangkap dan dibicarakan, juga tidak banyak kerenahnya. Bagaimanapun apabila terdapat agen-agen dan proksi-proksi Illuminati dan Freemason yang membiayai penubuhan Keadilan, si pengecut ini akhirnya menunjukkan belangnya yang sebenar.

Dan sekarang, dia begitu bebas menghasut, menfitnah dan menohmah walaupun kerajaan telah memberikan peluang kepadanya. Sebagai seorang yang BAGHAL dan TIDAK BERPENDIDIKAN, dia telah diberikan peluang untuk bekerja di ASWARA. Malangnya apa yang berlaku di ASWARA ialah, dia fikir ASWARA dan bidang pengajian di pusat pengajian tinggi tersebut adalah harta mak bapaknya yang boleh dia buat sesuka hati.

Akhirnya dia dipecat dan dia begitu marah dengan Rais Yatim, tanpa dia mengetahui yang dia sebenarnya tidak mempunyai sebarang bakat kecuali menipu, bertaqiyyah dengan akidahnya, menghasut dan cubaan menimbulkan kekacauan.

Kerajaan seharusnya menghalau si pengecut ini keluar dari Malaysia. Hukuman penjara yang dijalaninya di beberapa buah negara dan maut yang hampir dengan tenggoroknya sewaktu di negara luar kerana fahaman sosialis marxisme ternyata tidak membuatkan si tua pengecut ini berasa serik, bahkan dia semakin menjadi-jadi kerana undang-undang di Malaysia yang terlalu longgar penguatkuasaannya.

Sewajarnya Hishamuddin Rais atau lebih dikenali sebagai Tukang Tiub menerusi blognya, dihalau dan tidak lagi dibenarkan pulang ke Malaysia. Negara tidak memerlukan orang sepertinya yang bukan sahaja tidak dapat menyumbangkan sesuatu yang bermakna, bahkan mangkuk yang sangat tebal dengan akidah Sosialis Marxisme ini mendatangkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan jikalau terus dibiarkan!!!

Tonton klip video ini dan anda akan memahami mengapa si pengecut yang melarikan diri selama 20 tahun ke luar negara ini harus dihalau dari Malaysia!!!

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template