Suka atau tidak, BERSIH 2.0 telah berjaya memperolehi apa yang mereka hajatkan iaitu PENGIKTIRAFAN. Daripada hanya mempunyai tiga lokasi yang terdedah kepada penguatkuasaan pihak polis dan tentera, sekarang BERSIH 2.0 mempunyai PANGKALAN dan KUBU yang lebih teguh iaitu Stadium Merdeka.Ambiga MENUNTUT agar Stadium Merdeka diserahkan kepada BERSIH 2.0 walaupun tawaran telah dibuat lebih awal oleh Khalid Ibrahim agar Stadium Shah Alam digunakan memandangkan kapasiti stadium berkenaan lebih besar berbanding Stadium Merdeka.
Berikut adalah SMS yang diterima, sekaligus menjelaskan mengapa Stadium Merdeka dipilih:
Dimaklumkan himpunan BERSIH pada 9 Julai ini berjalan spt yang dijadualkan jam 2 ptg. Brkumpul di Sogo, Msjid Jamek Kg Baru & Dataran DBKL (hdpn Dataran Mrdeka). Kita akan bergerak dr 3 lokasi ini ke Stadium Merdeka. Gunakan BAJU BERSIH WARNA KUNING. Dimklumkn juga Sdr, Zulfikar, Ahli Biro Pol AMK akan dipanggil ke mhkamah majistret kajang jam 3 ptg ini utk tuduhan memakai baju BERSIH pd sidang ahli majlis. Mohon teman2 hadir. Sebarkan....
SMS tersebut nyata menjelaskan bahawa BERSIH 2.0 tidak berminat untuk akur dengan titah perintah SPB Yang Dipertuan Agong, sebaliknya menjadikan Stadium Merdeka sebagai alasan untuk mereka berarak dan berdemonstrasi. Daripada destinasi asal iaitu Istana Negara, sekarang telah bertukar menjadi Stadium Merdeka.
Di sebalik seruan Pakatan Rakyat agar polis menghentikan penangkapan dan serbuan ke atas anasir-anasir subversif, rancangan awal mereka akan berjalan lebih lancar kali ini seandainya kerajaan membenarkan penggunaan Stadium Merdeka.
Seelok-eloknya BERSIH 2.0 dipindahkan ke Stadium Shah Alam. Apatah lagi Khalid Ibrahim sendiri telah menawarkan kepada BERSIH 2.0 untuk menggunakan Stadium Shah Alam. Lagipun inilah masanya BERSIH 2.0 digunakan untuk meningkatkan pendapatan para penjaja, peniaga, pemandu teksi, hotel dan pengangkutan awam di Shah Alam seperti yang didakwa. Lagipun para peniaga Kuala Lumpur menolak kehadiran BERSIH 2.0 dan pengacau Pakatan Rakyat.
Kompromi tidak boleh diberikan sama sekali kepada Ambiga dan BERSIH 2.0. Walaupun Ambiga dan rombongannya terpaksa menunggu satu setengah jam di pondok pengawal Istana Negara semalam, menariknya para pencacai Pakatan Rakyat masih melihat penantian yang sebegitu lama sebagai satu kemenangan dan restu KDYMM Yang Dipertuan Agong untuk BERSIH 2.0 diadakan!!!
Buat sajalah di Shah Alam. Apatah lagi Stadium Shah Alam lebih besar, jauh dari jalan raya dan bukan berada di lokasi strategik untuk kesesakan jalan raya selain kawasan parkir yang lebih luas. BERSIH 2.0 dan monyet-monyet berbaju T mereka boleh melalak, berguling-guling atau pun membakar Stadium Shah Alam dalam rusuhan dengan sebebas-bebasnya. Dan selepas puas merusuh di dalam Stadium Shah Alam, mereka pastinya akan diberikan kebebasan untuk menghuru-harakan Shah Alam pula!!!
Pihak berkuasa seharusnya sangat tegas dalam hal ini. Keluarkan BERSIH 2.0 dan sebarang elemen mereka dari Kuala Lumpur dan pindahkan ke Shah Alam! Dan kalau perlu, pindahkan sahaja ke Pulau Pinang. Guan Eng tentu gembira dengan kedatangan ratusan ribu manusia monyet yang akan terlompat-lompat dan terjerit-jerit bagaikan berada di dalam kandang zoo!!!


0 comments:
Post a Comment