Wednesday, July 6, 2011

SYAITAN BETINA KENA TANGKAP, MEROYAN PKR DI KUALA LUMPUR!!!

Orang kuat AMK Sarawak, Zulhaidah Suboh telah ditahan oleh polis ketika tiba di lapangan terbang Miri semalam kerana memakai baju T kuning BERSIH. Zulhaidah Suboh yang cuba menyaingi Ambiga Sreevenasan dengan merancang demonstrasi di Miri, ternyata melakukan langkah sumbang.

Kesian Zulhaidah Suboh yang kalah di Lambir di tangan Ripin Lamat, nyata berkaki pendek dan bertetek labuh!

PKR kalah teruk di Sarawak meskipun berjaya menguasai lima kerusi DUN dalam Pilihanraya Negeri Sarawak yang baru lalu. PKR mensasarkan 40 kerusi dan bertanding di 49 kerusi dengan Baru Bian sebagai Ketua Menteri yang diuar-uarkan.

Malangnya, rakyat Sarawak menolak PKR walaupun Baru Bian, Alan Ling Yap Hoi Liong, David Wong Kee Woan, Wong King Wei, See Chee How, Baru Bian, Ali Biju dan beberapa orang wakil daripada Pakatan Rakyat berjaya memperolehi kerusi yang sangat diidam-idamkan.

Mungkin kerana itulah Zulhaidah Suboh jadi meroyan bagaikan jembalang terkena air Yasin. Ketika Baru Bian tidak lagi berbunyi, Zulhaidah Suboh yang gagal memperolehi kerusi Lambir, cuba menjadikan demonstrasi di Miri sebagai usahanya untuk menjadi Yang Berhormat.

Tak payahlah cerita tentang penyelewengan SPR yang mengendalikan pilihanraya. Kalau benar SPR seperti yang dituduh oleh Pakatan Rakyat, amat mustahil Pakatan Rakyat memperolehi walau satu kerusi pun di Sarawak. Dan kalau benar kerajaan tidak telus, amat mustahil Anwar Ibrahim serta pemimpin-pemimpin DAP dari Semenanjung boleh berkampung di Sarawak, menjalankan kempen, dakyah dan hasutan di setiap pelusuk negeri selama lebih dua bulan!

Yang amat pastinya ialah, kesian SYAITAN BETINA yang bernama Zulhaidah Suboh... sudahlah meroyan sebab kalah dalam Pilihanraya Negeri yang baru lepas, sekarang, ditangkap pula kerana cuba mempromosikan agenda subversif di Bumi Kenyalang! Rancangan Pakatan Rakyat untuk menjadikan Miri sebagai tempat berlangsungnya BERSIH 2.0, meniru demonstrasi di Thailand yang telah melumpuhkan Bangkok, telah gagal walaupun tidak sepenuhnya. Dan di sebaliknya lebih 2000 laporan polis yang dibuat oleh penduduk setempat, ternyata para pemimpin Pakatan Rakyat dari Semenanjung telah mula berkampung di Miri memandangkan di Semenanjung punggung mereka sentiasa panas dan berasap kerana sentiasa menjadi perhatian!!! (BACA DI SINI)

Tahniah kepada polis yang bertindak pantas!!!

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template