Michael Jeyakumar Devaraj, Ahli Parlimen Sungai Siput dari Parti Sosialis Malaysia, merupakan salah seorang daripada 6 orang yang ditahan oleh polis kerana terlibat dalam penyebaran risalah menghasut yang mengandungi elemen-elemen komunis. Bagaimanapun, manusia mana yang berak di tengah jalan yang akan mengaku. Jeyakumar Devaraj berpura-pura bodoh dan bangang dengan menyatakan dia dan lima orang rakannya yang lain tidak melakukan sebarang kesalahan sebaliknya ditangkap secara membuta-tuli oleh polis.
Devaraj cuba menggunakan nama DEMOKRASI untuk menghalalkan perbuatannya menyebarkan risalah berbau komunis. Katanya, ini negara DEMOKRASI dan sebagai sebuah negara DEMOKRASI, rakyat bebas menyuarakan pandangan. Katanya lagi, kempen yang dijalankan oleh PSM tidak langsung melanggar undang-undang dan Perlembagaan.
Kalau dah menyebarkan fahaman komunis, apa yang tak dilanggarnya? Kalau ikon yang diberhalakan adalah kepala bekas-bekas pejuang komunis, apa yang tak salahnya? Hanya kerana sebahagian daripada kepala tersebut berwajah Melayu, maka bolehlah dihalalkan?
Sosialis dan Komunis adalah saudara kembar. Pengasas komunis adalah dari puak-puak sosialis. Sosialis juga sama seperti Syiah iaitu dari segi TAQIYYAH.... sebelum mendapat kuasa, mereka akan menjadi Sosialis Demokrat, tetapi apabila mereka sudah kuat, mereka akan bertukar menjadi komunis dan hanya percaya kepada kewujudan satu parti.
Untuk mengumpan sokongan, Sosialis biasanya akan bercerita tentang perkara yang paling dekat dengan kehidupan pendengar mereka bagi memudahkan pengaruh disebarkan. Perkara paling dekat adalah kehidupan rakyat. Kehidupan rakyat yang paling dekat dan paling mudah mempengaruhi adalah KESUSAHAN RAKYAT.
Jadi, Sosialis dalam apa cara sekalipun, akan bercerita tentang kesusahan rakyat dan perjuangan mereka untuk menyenangkan rakyat walaupun tidak ada satu bukti pun di dunia ini yang sosialis berjaya menyenangkan rakyat di negara-negara yang mereka kuasai. Tidak ada pembahagian ekonomi secara adil seperti yang diteorikan oleh sosialis.
Dah berani buat, beranilah tanggung!!!


0 comments:
Post a Comment