PAS mengancam untuk mengadakan demonstrasi kali kedua kecuali pihak berkuasa membebaskan Abdul Hadi Awang yang ditahan di Balai Polis Jinjang dalam tempoh 24 jam. Abdul Hadi Awang bagaimanapun dibebaskan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur. Pukul 6.30 petang tadi, Ambiga telah dibebaskan oleh polis dan membuat kenyataan bahawa BERSIH 2.0 sangat berjaya meskipun jumlah yang hadir tidak sampai 10% daripada yang diuar-uarkan.
Apakan indikasi yang menyokong pendapat Ambiga bahawa perhimpunan itu telah berjaya? Apakah kejayaan yang dimaksudkan oleh Ambiga ialah kejayaan MELEMBUKAN orang Melayu dan kejayaan Ambiga serta Cina-Cina DAP meletakkan Melayu-Melayu PKR dan PAS di bawah telunjuk mereka?
Secara nyata, BERSIH 2.0 sebenarnya tidak berjaya apa-apa pun. Mereka tidak berjaya mengotakan janji bahawa perhimpunan akan berjalan secara aman. Mereka tidak berjaya membuktikan bahawa BERSIH 2.0 adalah bertujuan untuk menuntut pilihanraya yang adil dan bersih sebaliknya yang dibuktikan ialah BERSIH 2.0 adalah alat untuk Anwar Ibrahim melarikan masalah peribadinya. Anwar Ibrahim cuba mencetuskan rusuhan besar ala-baju merah Thailand dan Tahrir Square.
Sudah pasti portal-portal berita yang pro Pakatan Rakyat seperti Malaysia Kini dan Malaysian Insider akan mengatakan perhimpunan tersebut berjaya dan mencapai matlamat. Kononnya 50,000 orang berjaya dihimpunkan, walaupun jumlah MELAYU yang HADIR SEBAGAI LEMBU adalah tidak sampai 10,000 orang!
Apa yang pasti, Pakatan Rakyat akan menjadikan peristiwa hari ini sebagai batu loncatan untuk diputarbelit, terutama di kawasan-kawasan pedalaman dan kurang akses kepada maklumat terkini.
Mungkin kerana kegagalan BERSIH 2.0 pada hari ini, maka PAS yang menghantar kontinjen paling ramai ingin mengadakan satu lagi perhimpunan tunjuk perasaan dan meneruskan kekacauan di Kuala Lumpur.
Pakatan Rakyat boleh sahaja menyalahkan pihak polis, namun lebih ramai yang memuji serta berterima kasih kepada polis kerana telah berjaya mengekang puak-puak pengacau tersebut daripada bermahajaralela di tengah-tengah Kuala Lumpur.
Beberapa kejadian rompakan dan penjarahan turut dilakukan oleh juak-juak berkenaan seperti yang berlaku di KL Sentral dan di Jalan Masjid India, sekaligus membuktikan kenyataan polis sebelum ini bahawa BERSIH sememangnya bertujuan untuk mencetuskan kekacauan tidak boleh dinafikan sama sekali.
Sekali lagi, SYABAS KEPADA PIHAK KESELAMATAN yang telah melakukan tugas terbaik untuk menumpaskan kumpulan pemberontak dan pengacau keamanan! JASA PIHAK KESELAMATAN pasti akan dikenang oleh majoriti rakyat Malaysia berbanding mereka yang cuba mengalihkan kekalahan dan kesalahan mereka kepada polis!!!


0 comments:
Post a Comment