1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Wednesday, July 27, 2011

TARIAN BOGEL: INILAH KEBEBASAN YANG DIPERJUANGKAN OLEH DAP!!!

Wednesday, July 27, 2011
Kalau tahun-tahun 50-an sehingga awal 70-an, sebut sahaja nama ROSE CHAN, pasti ramai yang pernah hidup pada zamannya akan terbayangkan City Lights Cabaret di Pulau Pinang, Central Theatre Hall di Bukit Mertajam dan Setia Kesukaan Club di Alor Star selain Queen's Theatre di Kuala Lumpur. Malah ROSE CHAN terlalu masyhur sehingga berpeluang membuat persembahan di Australia selama bertahun-tahun.

ROSE CHAN sangat hebat. Sangat popular dan sangat masyhur, sehinggakan seorang kelasi kapal mencipta sebuah lagu khusus untuknya. Pada penghujung hayatnya, penari TIGER SHOW itu meninggal dunia setelah memeluk agama Islam, dan hidup dalam kemiskinan.


Itu cerita ROSE CHAN. Bagi yang berminat hendak tahu siapa sebenarnya ROSE CHAN, anda bolehlah Google atau Yahoo Search untuk mencari butirannya. Selepas 1970-an, hiburan eksotik seperti persembahan Rose Chan mulai berkurangan. Menjelang awal 80-an, arak juga tidak boleh lagi diperolehi secara terbuka. Dan menjelang 1984, orang Islam tidak dibenarkan memasuki kasino di puncak Genting.

Perlahan-lahan kerajaan menghapuskan masalah sosial yang menjadi barah kepada umat Islam pada waktu itu. Perubahan dari zaman British ke zaman anak tempatan mengambil masa yang agak lama untuk membawa rakyat kembali berpegang kepada agama.


Sukar sungguh untuk menonton persembahan Tiger Show atau Striptease di Malaysia dalam tempoh beberapa tahun sehinggalah pada 2008 apabila Pakatan Rakyat memenangi beberapa buah negeri dengan DAP menguasai sepenuhnya Pulau Pinang, dan membonekakan Melayu di Selangor, industri hiburan yang dijangka sudah terkubur itu, kembali semula.

Tidak sukar lagi untuk menonton hiburan sebegini di Selangor dan Pulau Pinang. Walaupun dari semasa ke semasa, polis terutama dari Bahagian Maksiat melakukan serbuan, namun serbuan-serbuan tersebut tidak mampu menghalang industri ini daripada hidup subur.

Anehnya, ia berkembang biak di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat kecuali Kedah dan Kelantan. Apakah ini sebenarnya kebebasan yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat atau ia sekadar industri sampingan yang membolehkan sesetengah pemimpin dalam Pakatan Rakyat mengutip hasil dan memenuhi kantung mereka?

Anda fikirlah sendiri!!!




0 comments:

Blog Archive

Labels