Laporan mengatakan, banyak trak tentera yang mula masuk ke pusat bandaraya. Di Jalan Circular atau Jalan Pekeliling atau Jalan Tun Razak, serombongan trak tentera yang dipenuhi anggota-anggota tentera menuju ke pusat bandar. Begitu juga dari arah selatan dan utara, ramai yang melaporkan kehadiran trak-trak tentera yang menuju ke pusat bandaraya. Pada masa yang sama, para peniaga Melayu di Jalan Masjid India mengambil keputusan untuk menutup premis masing-masing, sekaligus menerima kenyataan bahawa BERSIH 2.0 yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat telah mendatangkan kerugian yang sangat besar kepada mereka.
Para peniaga pasar malam Jalan Tunku Abdul Rahman juga khabarnya terpaksa mengambil keputusan untuk tidak berniaga pada hari esok. Kebanyakan premis perniagaan yang lain, termasuklah Sogo, terpaksa menghentikan operasi perniagaan mereka kerana bimbangkan kekacauan yang melanda di seluruh Kuala Lumpur.
Bermodalkan 8 tuntutan kononnya untuk menuntut agar pilihanraya dijalankan secara lebih bersih dan telus, ternyata 'ada maklumat' lain bahawa 8 modal tuntutan tersebut hanyalah helah terselindung.
Kehadiran dan kemasukan anggota tentera ke pusat bandaraya semakin mengesahkan cakap-cakap sebelum ini bahawa BERSIH 2.0 digunakan oleh pihak asing untuk menimbulkan kekacauan di Malaysia.
Bagi para penganut BERSIH 2.0, sudah tentulah mereka akan bersusah payah menafikan yang perhimpunan bertujuan untuk mencetuskan kekacauan. Namun bersandar kepada faktor sejarah, 1977, dengan 22,000 orang yang berhimpun, berarak dan tunjuk perasaan menyebabkan Kelantan terpaksa diisytiharkan darurat dan pentadbiran negeri diambilalih oleh MAGERAN kerana kekacauan yang ditimbulkan, pastinya 300,000 orang akan mendatangkan lebih besar masalah kepada keselamatan kerana tiada sesiapa pun yang dapat menjamin sebarang tingkah laku yang memusnahkan.
Nak harapkan Unit Amal? Atau Srikandi atau AMK? Besar kemungkinan, mereka yang akan membuat provokasi terlebih dahulu seperti Reformasi 1998 di Lebuh Ampang dan Lebuh Pasar!!!


1 comments:
melayu sama melayu gaduh, cina tepuk tangan. harap je ramai melayu yg belajar tinggi2, tp bodoh bertingkat... x sedar diri di pergunakn org. demi kepentingan diri, bangsa d gadai.... Islam di hina oleh cina or india x heran cz dia org tu dh sememangnye KAFIR LAKNATULLAH.... ni org melayu yg beragama Islam sendiri menghina Islam sama ada nyata atau x nyata.... cina india matlamat utama dia org x nk Islam, dn x nk melayu berkuasa, tp ape pulak matlamat melayu? sokong babi buta, berarak kerana parti politik arahkn? dh jd mcm s'pore br melayu nk menyesal agaknye... tu pun kalau menyesal...... pk pk kn la wahai bangsa ku.....
Post a Comment