Buat masa ini, keadaan masih dalam kawalan pihak polis. Bagaimanapun angkatan tentera tidak akan menolak untuk 'membantu' pihak polis apabila diminta. Lebih-lebih lagi apabila perintah DARURAT dikuatkuasakan di Kuala Lumpur akibat demonstrasi kotor 9 Julai nanti!Itu yang dijanjikan oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia!
Angkatan Tentera Malaysia berada di bawah perintah KDYMM Yang Dipertuan Agong. Rejimen Askar Melayu pula berketuakan Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah. Manakala ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia berada di bawah kuasa Yang Dipertuan Agong.
Kali terakhir RAMD digunakan untuk menangani masalah tunjuk perasaan dan kekacauan adalah pada 13 Mei 1969. Sekalipun terdapat rungutan serta tohmahan daripada pihak pembangkang, khususnya DAP, namun penglibatan Askar Melayu Diraja telah mengembalikan keamanan dan rakyat Malaysia serta penduduk Kuala Lumpur dapat menjalankan urusan harian dengan licin.
Apabila Angkatan Tentera yang selama ini dilihat 'senyap' mula bersuara dan menawarkan bantuan, ia sebenarnya adalah sesuatu yang besar. Para pencacai Pakatan Rakyat boleh mendakwa bahawa semua agensi telah dipergunakan oleh UMNO-BN kerana kononnya takut dengan BERSIH 2.0 serta Pakatan Rakyat, hakikatnya ancaman yang dibuat oleh kuasa-kuasa luar yang menggunakan BERSIH 2.0 sebenarnya menjadi pendorong utama kepada Angkatan Tentera Malaysia untuk menawarkan bantuan.
Dan rata-rata, para pesara tentera begitu bersemangat untuk kembali menggalas senjata mempertahankan negara, walaupun sebahagian besar daripada mereka sudah berusia!!!
Anwar Ibrahim boleh berbohong pada 16 September kononnya Angkatan Tentera Malaysia menyokongnya untuk menggulingkan kerajaan, tetapi pada 9 Julai, Angkatan Tentera Malaysia bakal menunjukkan perwira-perwira negara tidak akan berkompromi dengan sebarang agen luar yang sanggup memusnahkan kedamaian serta mengancam keselamatan negara ini!!!


0 comments:
Post a Comment