Tangkapan demi tangkapan telah dibuat tetapi ada yang dilepaskan dengan jaminan polis. Dan puak-puak ini akan kembali semula menghasut serta cubaan menimbulkan kekacauan kepada masyarakat dalam usaha mereka untuk menggulingkan kerajaan.
Pemimpin PAS seperti Iskandar Samad, ADUN Cempaka secara jelas menyatakan bahawa sebarang tangkapan BERSIH 2.0 akan menjadi paku kepada keranda UMNO-BN. Secara tidak langsung, Iskandar Samad menyatakan BERSIH 2.0 adalah gerakan untuk mencetuskan kekacauan. Matlamat utama BERSIH 2.0 adalah untuk menggulingkan UMNO-BN.
Pakatan Rakyat sudah berputus asa dengan pilihanraya yang tidak pernah menyebelahi mereka. Kemenangan pada 2008 semakin pudar dan Pakatan Rakyat mempunyai prestasi dan moral yang paling rendah sekarang ini.
Ini adalah masanya untuk polis menggunakan Akta ISA. Tangkapan demi tangkapan di bawah Ordinan Darurat nampaknya tidak menghalang mereka daripada berusaha untuk menimbulkan kekacauan. Sekarang adalah masanya untuk ISA.
Para pemimpin Pakatan Rakyat dan penganjur BERSIH 2.0 perlu diajar dengan cara yang lebih 'sopan'. Sikap lemah lembut dan bertoleransi yang ditunjukkan oleh polis telah dianggap sebagai satu kelemahan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat serta penganjur BERSIH 2.0. Dek kerana itulah, elemen komunis yang ada dalam BERSIH 2.0 dianggap sebagai perkara biasa dan tidak wajar dibimbangi oleh rakyat biasa.
Rakyat menuntut ISA dikuatkuasakan! Rakyat menuntut para pengacau tidak lagi dibenarkan bebas bergerak ke sana ke mari! Mereka perlu diajar dan mereka perlu disekolahkan!!!


0 comments:
Post a Comment