Thursday, July 7, 2011

USAHA TERDESAK, MASJID NEGARA BUAT PENAFIAN!!!

Usaha terdesak puak-puak BERSIH yang berselindung di sebalik nama Pertubuhan Ilmuan Muda Malaysia (ILMU) yang kononnya bersekutu dengan Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Pertubuhan Kebajikan Al-Qalam dan Badan Persatuan Perkhidmatan Penerangan Islam untuk menipu orang ramai terdedah.

Ini adalah ekoran penafian Masjid Negara bahawa ia akan menjadi tuan rumah Forum Perdana bertajuk, "Siapa Kata Demonstrasi itu Haram".

Menurut Imam Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad, pihaknya tidak pernah menerima sebarang permohonan secara langsung daripada penganjur untuk mengadakan forum itu.

Puak-puak BERSIH nampaknya sudah menggeletek keresahan. Sudahlah BERSIH merupakan pertubuhan haram, tidak boleh mendapat Stadium Merdeka untuk merusuh, sekarang Masjid Negara pula menafikan yang ia akan menjadi tempat Forum Perdana yang mereka anjurkan.

Helah dan penipuan itu sebenarnya tidak lain dan tidak bukan ialah untuk mengumpulkan orang ramai untuk melakukan desakan terhadap kerajaan dan pihak berkuasa. Sebarang usaha yang membolehkan orang ramai berkumpul, akan digunakan oleh puak-puak ini walaupun usaha tersebut menipu dengan menggunakan nama Masjid Negara.

Al-maklumlah, golongan yang tidak beragama la katakan!!!

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template