Monday, August 8, 2011

ADA MASALAH KEWANGAN? DATANG KE JKM!!!


Kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bahawa mana-mana orang Islam yang mengalami masalah datang ke Jabatan Kebajikan Masyarakat memandangkan JKM mempunyai peruntukan RM2 bilion untuk tujuan tersebut, pastinya dipandang sinis walaupun JKM telah banyak membantu masyarakat susah.

Sebabnya mudah... untuk mendapatkan bantuan, tidak semudah yang dicakapkan. Kebanyakan golongan miskin dan terdesak, tidak mempunyai 'masa yang panjang'. Kebanyakannya lebih bersifat 'sangat terdesak'.

Walau bagaimanapun, saranan yang diperingatkan oleh Shahrizat Abdul Jalil sebenarnya memerlukan kerjasama tulen dari semua peringkat, termasuklah Ketua Kampung, Pengerusi JKKK atau Pengerusi JKKKP.

Masalahnya, dari pihak kerajaan, ianya memang cantik. Tetapi apabila sampai ke peringkat perlaksanaan, ramai yang tahu tentang penyelewengan dalam JKM. Terdapat banyak contoh di mana, golongan sasaran yang seharusnya mendapat bantuan, dinafikan haknya, manakala golongan yang tidak memerlukan bantuan, menerima limpahan peruntukan tersebut. Semuanya hasil daripada fungsi pincang yang dimainkan oleh puak-puak yang diberikan tanggungjawab serta amanah.

Sehingga kini, belum ada mana-mana dakwaan yang dilakukan terhadap si penyeleweng dana Jabatan Kebajikan Masyarakat. Shahrizat Abdul Jalil sebenarnya lebih memerlukan tenaga kerja yang berwibawa untuk mengendalikan dana JKM dan hanya memastikan hanya golongan yang benar-benar perlu sahaja, menerima peruntukan berkenaan.

Cerita tentang bantuan JKM untuk golongan susah yang kemudiannya dipotong menjadi RM150 sebulan atau kurang dari itu, masih lagi boleh didengar di merata-rata tempat. Dari Perlis sehinggalah ke Sabah, ada-ada sahaja cerita 'menarik' tentang pemotongan atau diskaun yang dikenakan terhadap golongan susah.

Sama seperti Kementerian Dalam Negeri, barangkali Shahrizat Abdul Jalil juga memerlukan bantuan SPRM untuk melakukan siasatan dalam di dalam Jabatan Kebajikan Masyarakat yang seringkali 'diberitakan' dihuni oleh buaya-buaya lapar!!!

Bila dengar ada peruntukan RM2 bilion JKM untuk golongan susah, sudah ada yang berotak kreatif sedang merangka-rangka proposal bagaimana hendak menyonglap sebahagian besar peruntukan berkenaan!!!

1 comments:

Anonymous said...

org yg susah dan jatuh susah ni biasanya buntu..patut2nya AJK2 kampung, AJK2 surau/masjid, AJK2 NGO, AJK2 UMNO kawasan, AJK2 PAS kawasan, kena cergas ler sikit.

PAS jgn asyik kutip wang derma je..patut2nya bantu juga ler ahli2 yg kesempitan!!

UMNO, gerak sikit...bantu Melayu2 yg kesusahan, PAS tak leh bantu Melayu takut nanti dikatakan assobiyah.

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template