Meskipun berkata, Pemuda PAS akan menjadi benteng akidah namun ia sekadar satu lagi retorik murahan yang cuba dimainkan. Kebimbangan tentang penghakisan kepercayaan terhadap PAS jauh mengatasi kebimbangan terhadap ancaman yang sedang diterima oleh umat Islam secara terang-terangan.Dan sepertimana yang dilakukan sebelum ini, Kerajaan Pusat atau lebih tepat lagi UMNO-BN tetap dilibatkan dan dipersalahkan. Dalam bahasa lain, masalah yang berlaku di Selangor melibatkan Exco dan Kerajaan Negeri selain agensi negeri, Kerajaan Pusat yang bersalah.
Mungkin 'teguran' yang dibuat oleh Nasruddin Tantawi agak lembut memandangkan yang terlibat adalah DAP. Tersilap cakap bererti DAP akan melenting. Biar umat Islam marah, tidak mengapa asalkan jangan DAP yang mengamuk. PAS sudah banyak makan budi DAP.
Tidak ramai yang tahu, ketika Pilihanraya Negeri Sarawak lalu, PAS banyak terhutang budi dengan DAP. Bukan sahaja dari segi logistik, bahkan dari segi kewangan, PAS lebih banyak menerima dari DAP berbanding PKR. Keluhan tentang layanan buruk yang diterima daripada PKR, bukan cerita kosong. Semua orang lebih tahu tentang betapa sinikalnya Azmin Ali terhadap para pemimpin dan jentera pilihanraya PAS yang disifatkan mengganggu urusan PKR di Sarawak.
Nasruddin sekadar pelengkap bagi mengurangkan kemarahan pengundi yang tergolong sebagai 'pengundi dua pilihan - UMNO dan PAS'. PAS tidak gentar dengan pengundi yang menjilat PKR kerana dalam apa juga keadaan, pengundi-pengundi tersebut tidak akan berpaling tadah. PAS juga tidak gentar dengan pengundi totok UMNO dan PAS tetapi PAS sangat susah hati mengenangkan pengundi majoriti iaitu pengundi atas pagar yang sedang melihat langkah PAS Pusat dalam menangani isu pemurtadan ini seperti perangai HISHAMUDDIN HUSSEIN ONN yang tidak habis-habis dengan amaran dan kemudian gelak besarnya!!!


0 comments:
Post a Comment