IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Monday, August 8, 2011

ALAHAI PEMIMPIN PAS... SEJAK BILA PULA INDUSTRI PENERBANGAN DI NEGARA INI JADI PASARAN TERBUKA? TERLEBIH MINUM HOLY WATER KE GAMAKNYA NIH!!!!

Monday, August 8, 2011
Dalam cubaan untuk melarikan topik MURTAD yang telah memerangkap dan mencekik PAS, para pemimpinnya sanggup memalukan diri dan membodoh-bodohkan orang lain. Salahuddin dan Mahfuz, dua orang Naib Presiden saman kerajaan dan polis sebab BERSIH 2.0 walaupun awal-awal lagi polis telah memberi ingatan agar mereka tidak menyertai demonstrasi tersebut. Mahfuz yang tidak pernah malu dia adalah manusia bangang yang dilantik sebagai pemimpin, juga mempersoalkan wang zakat yang katanya tidak dibahagikan secara adil dan telus oleh Kerajaan Persekutuan, meskipun urusan zakat dan baitulmal berada di bawah kuasa kerajaan negeri, bukan Kerajaan Persekutuan.

Dzulkefly Ahmad, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP) merangkap Ahli Parlimen Kuala Selangor dan AJK PAS Pusat pula mempersoalkan tentang jualan bersilang MAS-Air Asia yang katanya akan mewujudkan monopoli sekaligus akan mendatangkan kerugian kepada kerajaan dan rakyat.

Semenjak bila pula syarikat-syarikat penerbangan di negara ini berstatus bas ekspres dan bas henti-henti. Semenjak negara ini ada syarikat penerbangan lagi, sememangnya ia adalah bersifat monopoli, bukannya pasaran terbuka. Apabila ada syarikat penerbangan seperti Air Asia, laluan yang dimonopoli oleh MAS tetap tidak boleh diusik oleh Air Asia kecuali laluan domestik.

Kalau bab barangan keperluan dan makanan tu, bolehlah diterima hujah Dzulkefly Ahmad, tetapi apabila bab hujah syarikat penerbangan monopoli, rasa-rasanya Dzulkefly Ahmad sudah mula tidak berpijak ke bumi yang nyata.

Di mana-mana bahagian dunia ini, industri penerbangan adalah industri monopoli. Walaupun ia adakalanya kelihatan seperti industri oligopoli atau sejumlah firma yang kecil jumlahnya saling berawas antara satu sama lain, tetapi dalam hal industri penerbangan di Malaysia, ia hanyalah melibatkan MAS dan Air Asia yang mana kedua-duanya tertakluk kepada dasar kerajaan.

Dan bila Dzulkefly Ahmad menyatakan bahawa minyak, tepung, gula dan beras berada dalam oligarki, barangkali pandangan tersebut amat melampau. Oligarki bermaksud, struktur kuasa yang berada dalam kumpulan atau kelompok kecil manusia yang menentukan harga dan bekalan. Amalan oligarki wujud secara meluas dalam PAS. (BACA DI SINI)

Tekanan harga untuk pengguna bagi minyak, tepung, gula dan beras, lebih banyak dilakukan oleh kelompok pemborong dan orang tengah yang merupakan penyokong kuat DAP, bukannya daripada pembekal memandangkan harga barangan tersebut dikawal oleh kerajaan...

Dzulkefly ternyata sama seperti pemimpin-pemimpin di Malaysia yang lain... yang sangat kecut perut apabila memperkatakan tentang orang tengah dan pemborong yang sangat berkuasa dalam penentuan harga!!!

0 comments:

Blog Archive

Labels