Friday, August 5, 2011

ANTARA HASAN ALI DAN KHALID SAMAD, SIAPA SEBENARNYA 'WAKIL' UMNO DALAM PAS SELANGOR?

Penulis sekadar menggeleng sambil tersenyum apabila seorang sahabat totok berdarah hijau bertanya pendapat penulis tentang Hasan Ali dan Khalid Samad. Sangka penulis, tentulah si sahabat ini akan memilih salah seorang daripada mereka, apatah lagi si sahabat ini pernah 'berkempen' untuk Khalid Samad tanpa mengira masa di kawasan penulis tinggal.

Sahabat mengulas tentang perkembangan Hasan Ali dan Khalid Samad yang sekali lagi kelihatan bertelagah kerana gereja dan Kristian. Kata sahabat, dia hairan dengan kedua-dua orang pemimpin tersebut yang sepatutnya tidak berperangai begitu, lebih-lebih lagi Khalid Samad.

Apa yang dilakukan oleh Hasan Ali adalah betul berdasarkan kaedah fiqh. Tidak timbul tentang wala' kepada pemimpin kerana berdasarkan hierarki kepimpinan antara Hasan Ali dengan Khalid Samad, Hasan Ali lebih kanan. Tugas Hasan Ali adalah melibatkan umat Islam tanpa mengira parti, sedangkan Khalid Samad pula hanyalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor.

Jadi, pada pendapat sahabat berkenaan, hikmah di sebalik tindakan Hasan Ali jauh lebih besar berbanding Khalid Samad yang hanya cuba menyelamatkan air muka PAS di kalangan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Hasan Ali memilih majoriti berbanding minoriti...

Bagaimanapun, sahabat berkenaan menimbulkan satu persoalan yang membuatkan penulis terdiam. Antara kedua-dua orang itu, siapa sebenarnya yang ditanam ke dalam PAS untuk memperlihatkan PAS sebagai sebuah parti bodoh yang bukannya membawa ahli-ahli PAS ke jalan yang benar?

Sahabat kemudiannya memberikan pendapatnya yang penulis rasa, sangat berbeza berbanding pendapat umum di kalangan totok PAS yang lain. Katanya, berbanding Hasan Ali yang seringkali dikatakan sebagai orang UMNO yang bercita-cita menjadi Menteri Besar menerusi Kerajaan Perpaduan, Khalid Samad sebenarnya yang lebih mendatangkan keburukan kepada PAS.

Alasannya, kebanyakan tindak-tanduk Khalid Samad banyak mendedahkan kelemahan pada PAS. Khalid Samad berjaya membuktikan bahawa para pemimpin PAS terutama pemimpin tertinggi sangat takut kehilangan kuasa dan pada masa yang sama, sanggup menjadi binatang politik yang tidak berpandu kepada ajaran wahyu lagi. Khalid Samad juga menjadikan PAS sebagai belasahan, sekaligus membenarkan UMNO membuka mulut sedangkan selama puluhan tahun, tidak banyak hujah PAS terhadap UMNO yang boleh dibalas atau berani dibalas.

Jadi, katanya, dia lebih berat mempercayai bahawa Khalid Samad sengaja dibiarkan oleh UMNO berada dalam PAS bagi tujuan perosakan seperti Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO....

Penulis sekadar tersenyum sambil menggeleng-geleng kecil! Tak tahu nak cakap apa lagi...

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template