Ketika seluruh jentera propaganda Anwar menumpukan kisah kononnya Najib dan Rosmah SETARAF PENGECUTNYA seperti Anwar Ibrahim, bahkan Najib dan Rosmah besar kemungkinan akan memberikan pelbagai alasan untuk tidak hadir ke mahkamah walaupun kedua-duanya BERHAK untuk datang atau tidak, Anwar Ibrahim dikhabarkan petang tadi, terkedu apabila Najib dan Rosmah tidak seperti yang diharapkannya. Untuk tutup malu, Karpal Singh, ketua peguambela Anwar Ibrahim menyatakan bahawa Najib dan Rosmah enggan ditemubual tapi yang peliknya untuk apa Rosmah dan Najib datang ke mahkamah? Adakah kerana nak melawat Karpal Singh? Atau nak tengok muka Anwar? Atau barangkali untuk melihat-lihat dan memeriksa kompleks mahkamah tersebut?
Yang sohehnya, kedatangan Najib dan Rosmah menutup sebahagian daripada fitnah serta tohmahan yang cuba dibuat oleh Anwar Ibrahim. Karpal Singh boleh mengeluarkan sebarang kata yang dia suka kerana perlu diingat, Karpal Singh adalah seorang peguam dan sebagai seorang peguam, maka pembelitan merupakan asas kepada kerjayanya!
Anwar khabarnya ada sekali tetapi larangan mahkamah untuk dia masuk campur, membuatkan Anwar Ibrahim tidak puas hati. Dia tidak dibenarkan menemuramah walaupun dibenarkan ada sekali....
Karpal Singh sudah pun memberi jaminan, pembelaan diri Anwar Ibrahim akan ditangguhkan. Alasan kali ini ialah PERLU menembual Musa Hasan, dua bekas pembantu rumah Hasannuddin dan tiga saksi lain...
Sekaligus membenarkan dakwaan sebelum ini bahawa TEMURAMAH yang diadakan oleh peguambela Anwar sebenarnya adalah taktik yang memang sengaja digunakan untuk menunda-nunda kes. Dalam bahasa yang lebih mudah, untuk mengelakkan Anwar daripada membela diri!!!


0 comments:
Post a Comment