Sebagai orang yang kena tuduh, Anwar sebenarnya telah diberikan terlalu banyak keistimewaan dan kemudahan walaupun sepatutnya dia DISIMPAN dalam lokap atau penjara sehingga perbicaraannya selesai, sama seperti suspek-suspek jenayah yang lain. Sudah terlalu lama Anwar dibiarkan berbuat sekehendak hatinya dan bebas ke sana ke mari, termasuklah ke luar negara walaupun pada masa yang sama juga, dia menuduh kerajaan zalim dan telah menganiayainya.
Di Filipina, entah dari mana sumbernya (tak payah fikir, Anwar tidak pernah ada sumber... dia mungkin dapat bisikan), kata Anwar, 200,000 orang Indonesia telah dijadikan warganegara Malaysia untuk memenangkan Barisan Nasional pada PRU akan datang. Rakyat Filipina juga katanya, dibenarkan oleh kerajaan Malaysia untuk mengundi. (BACA DI SINI)
Anwar barangkali sudah mula ketakutan memandangkan PKR kian merosot dan terperosok. Apatah lagi ura-ura untuk MENENDANGNYA KELUAR DARI PAKATAN semakin hangat diperkatakan, meskipun secara rasmi Nik Abdul Aziz telah menafikan bertemu dengan Ku Li.
Malah apabila dia menyatakan bahawa dia yakin akan dipenjarakan sebelum PRU, secara tidak langsung, Anwar telah pun membayangkan bahawa dia tidak mempunyai ruang untuk melarikan diri daripada undang-undang Malaysia lagi.
Namun gelagatnya untuk mendapatkan 'sokongan' Indonesia dan Filipina agar menghantar lebih ramai warga mereka ke Malaysia bagi membantu PKR, sememangnya amat menjijikkan. Walaupun kedengaran seolah-olah Anwar menentang perubahan status penduduk tetap menjadi warganegara, namun berdasarkan situasi semasa, ramai di kalangan pemimpin PKR sendiri terdiri daripada golongan yang diberikan kerakyatan, seperti Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin dan Ketua Wanita PKR Perak, Fatmawathy Salim.
Kita tunggu, apakah bukti yang akan 'dipersembahkan' oleh Anwar Ibrahim. Perlu diingat, daripada cerita rasuah yang kononnya dilakukan oleh menteri-menteri dan orang-orang besar UMNO sehinggalah cerita pembunuhan dan pembabitan APCO di Malaysia, semuanya Anwar kata ada bukti...
Satu-satunya 'bukti' yang dikeluarkan oleh Anwar Ibrahim hanyalah perjanjian APCO yang tidak ada kaitan langsung dengan tuduhannya terhadap kerajaan Malaysia. Dan selepas itu, Anwar Ibrahim malu alah bila bukti-bukti yang dipersembahkannya hanyalah temberang semata-mata....
Tidak menghairankan jikalau Anwar terpaksa menjual temberang ke negara-negara jiran, terutama sekali negara-negara yang menghantar tenaga kerja di Malaysia. Tujuannya mudah, sedangkan di dalam PKR sendiri, terdapat ramai KOD 71 termasuklah Presidennya sendiri, Anwar memang mengimpikan kehadiran lebih ramai warga asing bagi memenangi PRU 13, sepertimana yang dilakukan di Selangor.
Di mana agaknya sarang pendatang asing di Malaysia? Dan siapa agaknya orang besar politik yang terpaksa membela pendatang asing seperti yang berlaku di Ampang dan Pandan sehinggakan polis dan pihak imigresen tepuk dahi sebab halangan daripada orang politik agar pihak berkuasa tidak menjalankan operasi menangkap PATI secara besar-besaran?
Taktik menyalahkan orang lain untuk melindungi perbuatan sendiri, seperti yang diamalkan oleh Anwar Ibrahim sudah semakin lusuh! Sudah semakin mudah untuk dibaca!!!


0 comments:
Post a Comment