Tuesday, August 9, 2011

APA PEDULI KHALID IBRAHIM DENGAN TITAH PADUKA SULTAN SELANGOR?

Paduka Sultan Selangor telah menitahkan agar politik perlu 'disekularkan' daripada pendidikan sekaligus bagi mengelakkan mutu pendidikan di Unisel tidak terus merudum seperti semenjak Pakatan Rakyat mentadbir Selangor.

Dan sudah pasti Paduka Sultan Selangor merujuk kepada kemelut yang sedang berlaku di universiti yang ditubuhkan oleh kerajaan Khir Toyo dan cuba dimerudumkan oleh Khalid Ibrahim dengan dalang utamanya adalah DAP Selangor.

Kemelut bermula apabila pentadbiran kerajaan negeri masuk campur secara langsung dalam Unisel, sekaligus menyebabkan Naib Canselor Unisel melepaskan jawatannya kerana menentang tindakan kerajaan negeri tersebut.

Para pencacai Pakatan Rakyat segera menuduh, Naib Canselor tersebut adalah pro-UMNO dan tidak dapat bekerjasama dengan pentadbiran negeri. Tuduhan liar yang sebenarnya mencerminkan Pakatan Rakyat tidak pernah serius dengan apa yang mereka janjikan, terutama tentang ketelusan, keadilan dan sebagainya yang muluk-muluk, dibuat dengan sewenang-wenangnya.

Justeru apabila paduka Sultan mengeluarkan titah tersebut, pastinya para pencacai Pakatan Rakyat, terutama sekali yang berada dalam dunia siber akan mengeluarkan pelbagai tohmahan serta ejekan terhadap Paduka Sultan Selangor.

Ini bukan perkara asing, bahkan yang terbaru, KDYMM Yang Dipertuan Agong turut menjadi sasaran kebodohan mereka apabila tidak dapat menyingkirkan antara politik dan kuasa eksekutif.

Campurtangan Pakatan Rakyat dalam segala bentuk perkara di Selangor dan Pulau Pinang, sememangnya amat menjelekkan. Pulau Pinang, DAP yang turut menjadi tuan besar di Selangor, cuba merubah satu perkara iaitu mewujudkan sistem pilihanraya untuk pentadbiran masjid di seluruh negeri itu seolah-olah Islam bagi mereka adalah sebuah parti politik demokrasi Rom. Di Selangor pula, apa-apa sahaja ruang yang boleh diselit dan dibelit, DAP akan mempergunakannya dengan semaksimum mungkin sepertimana mereka dana Yayasan Selangor yang ditukar menjadi biasiswa yang sudah lari daripada matlamatnya termasuklah penghapusan bangunan-bangunan asrama Yayasan Selangor yang sudah semakin kering kontang kerana disedut oleh Pakatan Rakyat.

Yayasan Selangor diwujudkan oleh kerajaan UMNO-BN untuk membantu golongan susah tanpa mengira bangsa, tetapi apabila Pakatan mengambilalih pentadbiran negeri, Yayasan Selangor ditukarkan menjadi sebuah syarikat korporat yang tidak lagi membantu golongan susah sebaliknya lebih kepada mencari pengaruh politik berdasarkan merit. Dengan kata lain, pelajar-pelajar susah tidak lagi dibantu, sebaliknya yang dibantu adalah pelajar-pelajar yang lebih baik prestasi pelajaran mereka walaupun mereka dari kalangan orang berada.

Dan perlu diingat, Pakatan Rakyat di Selangor jugalah yang merampas bangunan yang diperuntukkan untuk anak-anak yatim dan kemudian disewakan kepada sebuah sekolah swasta di Sepang!!!

Pedulikah Pakatan Rakyat dengan titah Paduka Sultan Selangor?

Seperti biasa... sudah tentu tidak!!!

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template