IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Thursday, August 4, 2011

KISAH SEDIH CHINA-DOLL JELITA YANG DIHUKUM BUNUH!!!

Thursday, August 4, 2011

Ren Xue dari wilayah Henan Luoyang berusia 19 tahun (ada orang kata 23 tahun), muda dan jelita, saudara bongsu daripada orang abang. Abang sulungnya telah menjalin hubungan dengan anak sulung seorang pengurus lombong tempatan bernama Ding. Hubungan tersebut ditentang oleh keluarga Ding. Tidak lama selepas itu, abang Ren Xue hilang tanpa dapat dikesan dan nasibnya tidak diketahui.

Ren Xue menjalinkan hubungan dengan seorang pelajar kolej sewaktu masah di sekolah. Hubungannya terlanjur, menyebabkan dia mengandung dan dia disisihkan daripada keluarganya sendiri. Selepas bergaduh dengan teman lelakinya, Ren Xue menjadi sangat sensitif dan anti sosial.

Memandangkan kesukaran mendapatkan kerja kerana taraf pendidikannya yang rendah, Ren Xue menjual tubuhnya pengurus lombong, Ding, tetapi pengurus tersebut hanya memberikan kerja sebagai pelayan kepadanya. Ren Xue sebenarnya telah diperdaya oleh Ding. Ding sebelum itu telah mengancam, sekiranya Ren Xue tidak menyerahkan tubuhnya, nasibnya akan sama seperti abangnya iaitu hilang tanpa dapat dikesan. Selepas Ren Xue menyerahkan diri, Ding yang hanya mahu Ren Xue menjadi perempuan simpanannya, tidak menunaikan janji.

Ren Xue akhirnya memutuskan untuk membalas dendam. Dengan bantuan seorang rakan baiknya bernama Cao Linlin, dia telah memperdayakan anak perempuan kedua Ding dan membunuh.

Gambar di atas adalah Ren Xue pada saat-saat sebelum dia dihukum tembak sampai mati.



Liu Jinfeng, 20 tahun yang telah disabitkan dengan kesalahan membunuh hanya berpendidikan setakat sekolah rendah. Dia dilahirkan pada tahun 1975 di sebuah perkampungan bernama Luge di bandar Tuhuai di kota Yuncheng di wilayah Shanxi. Dia telah dijatuhi hukuman mati mengikut undang-undang pada tahun 1995 di Xianyang.

Sewaktu kecilnya, Liu Jinfeng kerap didera oleh bapanya sendiri, malah dia juga telah dihalau keluar rumah oleh bapa saudaranya dan bapa tirinya selepas ibunya meninggal dunia. Semenjak itu dia menjadi gelandangan di jalanan sebagai pelacur. Menjadi gelandangan, menyebabkan dia menjadi mangsa rogol dan mengandung, kemudiannya dipaksa menggugurkan kandungan.

Selepas diberkas sewaktu kempen anti pelacuran dan berada di penjara selama setahun, dia telah di hantar semula ke kampungnya dan nasibnya menjadi lebih buruk apabila bapa tirinya telah menjual dia kepada Li dari Xiling dari wilayah Shaanxi dengan harga 1000 kuai. Li kemudiannya menjual Liu Jinfeng kepada Hu, seorang samseng tempatan.

Hidup Jinfeng terus dirundung malang. Hu adalah seorang yang ganas dan gemar menyeksa selain kaki arak. Setiap kali mabuk, Jinfeng akan dibelasahnya. Dari tahun 1992 sehingga 1993, oleh kerana tidak tertahan dengan penderaan serta keganasan Hu, Jinfeng beberapa kali cuba melarikan diri. Namun dia ditangkap dan dipukul dengan lebih teruk.

Kaki Hu telah dirantai dengan rantai besi seberat 5 kilogram untuk tempoh yang panjang di rumah. Pada awal 1994, Liu Jinfeng sekali lagi cuba melarikan diri. Selepas dikejar sejauh beberapa kilometer, Jinfeng berjaya ditangkap semula oleh Hu. Hu telah mematahkan kaki kanannya dan selepas itu merantainya ke katil.

Hu telah meninggalkan kampung tersebut atas urusan perniagaan tetapi sebelum itu, dia telah mengarahkan dua orang sepupunya, Tang dan Guan untuk mengawal Liu Jinfeng. Kedua-duanya mengambil kesempatan untuk merogol Jinfeng berulang-ulang kali sehingga Jinfeng mengandung.

Penghujung 1994, Liu Jinfeng melahirkan seorang bayi lelaki di rumah Tang. Sekitar Festival Musim Panas 1995, Hu pulang untuk bercuti. Apabila mendapat tahu, Jinfeng baru sahaja melahirkan anak, Hu naik berang. Jinfeng telah dbogelkan. Tangannya diikat ke belakang dan Jinfeng digantung di sebatang dahan pokok. Hu telah menyebat dan memukul Jinfeng, malahan turut menggunakan pisau untuk menikam paha dan kemaluan wanita malang itu sambil menggelarnya sebagai 'penzina'. Jinfeng didera sehingga separuh mati.

Apabila Jinfeng sedar dari pengsan, seluruh tubuhnya berdarah dan dikelar-kelar. Kesakitan yang tidak terhingga, bagaikan hilang apabila Jinfeng melihat tubuh anaknya yang sebelum itu telah dicekik sampai mati oleh Hu. Jinfeng hilang kewarasan. Dengan saki-baki kekuatan yang ada dan dengan kemarahan yang membara, Jinfeng telah mengapak kepala Hu ketika lelaki kejam itu sedang tidur sebelum membakar rumah Hu sehingga rentung.

Gambar di atas adalah gambar pada saat-saat terakhir Liu Jinfeng sebelum ditembak sampai mati!

Tao Jing adalah seorang gadis yang mempunyai kecantikan semulajadi dan berasal dari Yunnan. Hasil daripada tindakannya menjadi keldai dadah untuk teman lelakinya, dia telah dijatuhi hukuman mati pada 1991 pada ketika berusia 20 tahun, sekaligus menjadi wanita termuda yang dihukum bunuh dalam tempoh 50 tahun.

Gambar di atas menunjukkan Tao Jing ketika diberkas dan barang-barang yang dibawanya digeledah oleh anggota polis.


Tao Jing ketika sedang dibicarakan

Sedang menikmati makanan terakhir sebelum ditembak.

Tao Jing selepas ditembak!


Fen Cuiqiong, juga dijatuhi hukuman bunuh serentak dengan Tao Jing, berusia 21 tahun, juga kerana kesalahan mengedar dadah.

Song Dan dilahirkan dalam sebuah keluarga pertengahan di Nanyang, kota Ruichang di wilayah Jiangxi pada tahun 1986. Ketika dia berusia 13 tahun, dia telah dirogol beberapa kali oleh seorang guru sekolah menengah Nanyang bernama Song. Tidak lama selepas itu, dia juga telah diperdayakan dan menjalin hubungan seksual dengan bapa saudaranya.

Walaupun kedua-dua lelaki tersebut telah dijatuhi hukuman penjara selama 9 dan 8 tahun, namun perbuatan mereka telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada Song Dan. Apabila dia membesar, kaedah kasar ibu bapanya dalam mendidiknya dengan kebengisan dan kerap memukulnya, menyebabkan dia menjadi liar dan gemar memberontak.

Song Dan menjadi seorang yang ketagih dengan Internet. Dia mempunyai ramai kawan-kawan Internet dan mula belajar merokok, minum arak serta keluar malam dan tidak pulang.

Suatu pagi iaitu pada Hari Kebangsaan 2005, selepas baru sahaja menyambut ulang tahunnya yang ke-18, Song Dan telah dibawa ke padang hukuman. Sebabnya, dia telah didapati bersalah, merancang, menculik dan membunuh teman lelakinya.

Ironinya, Song Dan mengatakan, tindakan kejamnya itu hanyalah untuk mendapatkan wang bagi membolehkan dia menonton bintang kesukaannya, Lu Xiang.


Lai Xiangjian, telah dijatuhi hukuman bunuh pada awal 1990-an selepas didapati bersalah membunuh suaminya sendiri bersama-sama kekasihnya. Dia berusia awal 20-an ketika dihukum mati.

Liu Yiping, seorang agen tiket Lapangan Terbang Baiyun, Guangzhou telah dijatuhi hukuman bunuh selepas didapati bersalah kerana menggelapkan wang. Wang yang diselewengkan itu telah ditemui semula. Ketika dalam penjara sebelum dia menjalani hukuman, dia telah menulis beberapa pucuk surat kepada suaminya. Malah dia turut menulis lebih 10,000 patah perkataan di dalam diarinya, melahirkan kekesalan kerana jenayah yang dilakukan.

Dia telah menjalani hukuman tembak sampai mati ketika berusia 23 tahun. Wang yang digelapkannya tidak digunakan walau satu sen pun, sekaligus tidak menyebabkan kesan yang besar kepada ekonomi. Bagaimanapun, dia tetap perlu menjalani hukuman mati sebagai contoh kepada orang ramai agar tidak melakukan jenayah sepertinya.

Dong Yin, 22 merupakan salah seorang pegawai kecil Daerah Qingdao Shinan dan merupakan seorang yang sangat mata duitan. Dia telah berpakat dengan Zhang Hongwei dan Gu Tao untuk memperdaya Yang Qian, anak perempuan pegawai polis Qingdao Zhanshan, Yang Bucong, supaya ke Nanjing kononnya untuk menyambung pelajaran ke luar negeri.

Sesampai di Nanjing, Yang Qian telah disuntik dengan ubat bius tetapi selepas melihat Yang Qian tidak mati, Dong Jing memutuskan untuk membeli lagi ubat bius untuk disuntik ke badan Yang Qian. Usaha itu tidak berjaya. Yang Qian masih hidup. Dong Jing kemudiannya membunuh Yang Qian dan merompak 61,000 yuan daripada mangsanya.

Selepas itu, Dong Jing memperdaya pula keluarga Yang Qian untuk hadir dalam satu majlis makan malam bagi membincangkan tentang pemergian mereka untuk melawat Yang Qian yang sedang belajar di luar negara. Dong Jing, Zhang Hongwei dan Gu Tao membunuh Yang Bucong dan isterinya Xu Chunmei.

Apabila mahkamah menjatuhkan hukuman mati ke atas Zhong Hongwei, Dong Ying dan Gu Tao, Dong Ying jatuh pengsan!

Liu Yu dan Wang X, kedua-duanya tingal di Pukou adalah rakan sekelas dari sekolah rendah sehinggalah ke sekolah menengah tetapi terputus hubungan selepas tamat sekolah. Pada tahun 1998, kedua-duanya bertemu semula, lantas mencetuskan hubungan cinta antara kedua-duanya.

Pada November 1999, Wang kembali ke Jianhua di wilayah Zhejiang untuk bekerja dan kedua-duanya saling berutus-utus surat. Rindu yang membara terhadap Wang, membuatkan Li Yiu memutuskan untuk ke Jinhua bertemu kekasih.

Pada ketika itu, Liu Yu berasa rendah diri kerana taraf pendidikannya yang rendah. Lebih tertekan apabila ibu Wang mendesak agar dia mendapatkan diploma kolej atau tidak dibenarkan menjadi sebahagian keluarganya.

Liu Yu berusaha mencari kerja tetapi gagal. Pada masa yang sama, dia juga berasakan hubungannya dengan Wang tidak sekuat dahulu. Liu Yu mula berasa terancam. Akibatnya, Liu Yu membeli ubat tidur dan sebilah pisau buah dan bersedia untuk membunuh diri. Namun dia terfikir untuk mati bersama-sama Wang yang sangat dicintainya. Liu Yu meminta Wang bertemunya di hotel.

Selepas mereka bertemu pada malam itu, secara sembunyi-sembunyi Liu Yu telah meletakkan 40 biji ubat tidur ke dalam kopi yang dibancuhnya untuk Wang. Selepas Wang tidur, Liu Yu mengambil pisau buah dan menikam kekasihnya berulang-ulang kali.

Selepas mendapati teman lelakinya sudah mati, Liu Yu keluar dari hotel untuk membeli ubat tidur untuk dirinya. Bagaimanapun, belum sempat dia membeli pil tidur, dia telah ditangkap oleh polis!

0 comments:

Blog Archive

Labels