iklan

iklan

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Tuesday, August 30, 2011

SIAPA ANWAR NAK CAKAP PASAL UJIAN?

Tuesday, August 30, 2011
Semenjak dua menjak ini, Anwar bertukar wajah dan sifat. Sepertimana syaitan yang bijak menyembunyikan wajah dan perangai sebenar, begitu juga yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim. Daripada seorang yang dikhabarkan mempunyai pelbagai masalah dan skandal yang serba memalukan, sehinggalah kepada penternak bomoh, dukun dan pawang dari serata dunia, perutusan Syawal yang dibuat oleh Anwar Ibrahim cuba memperlihatkan dia sebagai seorang yang sangat mahir dengan Islam dan agama Allah TAala.

Kata Anwar Ibrahim dalam perutusan Aidil Fitrinya, Syawal merupakan kesinambungan daripada Ramadan dan bagi mereka yang berjaya mengawal hawa nafsu pada bulan Ramadhan, seharusnya menafikan ketundukan terhadap makhluk, akan mendapat petunjuk serta rahmat Allah Taala. (BACA DI SINI)

Sekali dengar, baik sungguh makhluk yang bernama Anwar Ibrahim ini. Cakapnya penuh dengan hikmah dan cakapnya juga penuh dengan kebijaksanaan.Namun memerhatikan dan mencermati sikap teladan yang ditunjukkan olehnya, membuatkan si jahil mana sekalipun dapat melihat betapa hipokrit dan munafiqnya manusia yang bernama Anwar Ibrahim.

Melawan ketundukan terhadap makhluk?

Selama ini bukankah Anwar Ibrahim telah berjaya menjadikan dirinya sebagai berhala hidup untuk memperjuangkan DOKTRIN ZIONIS yang selagi boleh tidak mahu Islam dan umatnya bersatu dan berukhwah. Dan bukankah selama ini, Anwar dengan dirinya begitu sibuk hendak memperkenalkan reformasi yang pelbagai walaupun semasa berkuasa, dialah SYAITAN DAN IBLIS yang sebenar-benarnya?

Siapa Anwar yang hendak bercakap tentang ujian? Ujian sebesar manakah yang telah diterima oleh Anwar Ibrahim selain ujian maruah yang dia sendiri pergi jahanamkan? Ujian apakah yang telah diterima oleh Anwar Ibrahim yang lebih besar berbanding ujian pelbagai kemelut hidup yang diakibatkan oleh perbuatan dan kegilaannya untuk menjadi seorang Perdana Menteri setelah kemaruk terhadap seks gagal membataskan dirinya sebagai manusia, mahupun sebagai orang yang beragama Islam?

Tidak layak langsung untuk Anwar bercerita tentang ujian kerana dia tidak pernah ditimpa ujian besar selain daripada dipenjarakan. Dia dipenjara tetapi anak isterinya tetap bergelar jutawan. Anwar bekas banduan, tetapi tetap juga mempunyai tempat dalam politik negara dan kebebasannya tidak pernah dihadkan, walaupun dia sedang dibicarakan!!!

Ujian apa yang Anwar Ibrahim nak ajarkan kepada para PEMBONGAK dan SI BODOH yang menjilat serta mengkagumi Anwar Ibrahim?

0 comments:

Blog Archive

Labels