1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Thursday, September 1, 2011

AYUH MELAYU!!! CONTOHI CINA-CINA PETALING STREET!!!

Thursday, September 1, 2011
Cerita panjang pun tak gunalah. Contoh yang ditunjukkan oleh Cina-Cina Jalan Sultan yang menentang cadangan kerajaan untuk merobohkan bangunan yang dikhabarkan sebagai Warisan Negara, seharusnya membuka mata orang Melayu yang selama ini TERLALU BANYAK BERKORBAN menyerahkan tanah-tanah milik mereka untuk dimajukan oleh kerajaan dan akhirnya mereka kehilangan hak ke atas tanah-tanah mereka sendiri sepertimana yang berlaku di Kampung Abdullah Hukum, Kampung Bukit Lanjan, mahupun Kampung Damansara yang sekarang ini sudah menjadi Damansara Utama serta Taman Tun Dr. Ismail!

Seharusnya apa yang berlaku di Kajang iaitu melibatkan Kampung Baru Sungai Chua sudah pun membuka mata orang-orang Melayu supaya tidak mudah berkorban menyerahkan tanah mereka kepada kerajaan.

Mengapa kalau Cina-Cina Sungai Chua boleh mempertahankan tanah pajakan kampung tersebut dan membiarkan tanah Melayu Sungai Ramal Luar dan Dalam terlibat dalam pembinaan lebuh raya, orang Melayu yang lain perlu harus berkorban atas nama pembangunan.

Di sana sini, kebanyakan tanah yang terlibat dalam pembangunan kerajaan adalah tanah-tanah Melayu. Tanah-tanah Melayu lebih mudah dibangunkan kerana kesediaan orang Melayu untuk melihat kemajuan negara. Manakala tanah-tanah Cina pula, amat sukar untuk dibangunkan kerana mereka mempertahankan tanah tersebut dengan seberapa daya yang boleh dan kalaupun bersetuju, pampasan yang perlu dibuat oleh kerajaan, nilainya berkali-kali ganda berbanding tanah Melayu.

Itu jugalah yang berlaku di Pulau Pinang. Tanah sekangkang kera Cina yang diambil oleh kerajaan Guan Eng diuar-uarkan sebagai kesediaan orang Cina untuk berkorban, tetapi tanah selautan sehingga menghilangkan sebuah kampung milik orang Melayu, sentiasa cuba diberikan alasan kononnya tanah tersebut adalah tanah haram dan pampasannya, sangat menghinakan!!!

Ayuh Melayu!!!

Pelajari dan teladani perangai Cina-Cina Petaling Street dan Jalan Sultan yang sama sekali tidak akan berkompromi dengan kerajaan untuk kemudahan pengangkutan awam pada masa hadapan.

Jangan ada lagi yang senang-senang menurunkan tandatangan dan menyerahkan tanah mereka, terutama sekali kalau ianya bertujuan untuk mewujudkan sebuah taman perumahan baru yang akhirnya Melayu hanya boleh berbangga.... 'DULU, ITULAH TANAH AKU.'

Bayangkanlah kalau bangunan-bangunan 'warisan sejarah' itu merupakan milik Melayu... agak-agaknya adakah UMNO dan PAS serta Melayu-Melayu PKR akan memperjuangkannya sepertimana DAP, MCA dan GERAKAN mempertahankannya tanpa sebarang prejudis terhadap akidah politik masing-masing?


0 comments:

Blog Archive

Labels