IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Tuesday, September 27, 2011

POLITIK REHDA DAN DAP MENYINGKIRKAN MELAYU-BUMIPUTERA!!!

Tuesday, September 27, 2011
Apabila Sahabat BLOGGER GERAKAN ANTI PKR-GAP, mengulas tentang kerenah seorang AJK REHDA (Persatuan Hartanah dan Pemaju Perumahan) yang menjadikan alasan mengapa Rumah Murah tidak wajar dibina, ia sebenarnya mempunyai kaitan yang sangat besar dengan perancangan jangka panjang DAP.

Walaupun tidak secara rasmi, kebanyakan syarikat-syarikat pemaju perumahan di dalam REHDA merupakan penyokong kuat DAP atau lebih tepat lagi pengumpul dana pilihanraya untuk parti tersebut terutama di Selangor, Perak, Pulau Pinang, Johor dan Melaka serta Negeri Sembilan.

REHDA jugalah yang memekak dan menyalak di Kedah apabila kerajaan negeri Kedah, enggan berkompromi tentang 50% rumah baru yang dibina diperuntukkan kepada Bumiputera. Di Perak, taktik yang digunakan ialah membina rumah kos sederhana dan kerap kali memberi alasan kuota Bumiputera telah habis dijual, sekaligus memperlihatkan kecenderungan untuk mengurangkan populasi Melayu-Bumiputera di kawasan perumahan baru.

Hal ini terlihat jelas di Pulau Pinang. Rumah-rumah baru yang dibina, bukan untuk Melayu-Bumiputera memandangkan harga-harga yang ditawarkan jauh di luar kemampuan Melayu-Bumiputera, bahkan untuk Cina-Cina yang masih mempunyai fikiran Barisan Nasional di dalam kepala mereka.

Garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan, seringkali dicabuli dan dilanggar sesuka hati. Di bandar-bandar besar, perumahan baru sememangnya tidak lagi untuk Islam-Bumiputera. Perhatikanlah, setiap kawasan baru di negeri-negeri Pakatan Rakyat, akan dibangunkan pusat-pusat maksiat dan perlecehan terhadap masjid serta surau. Bangunan untuk sekolah agama, juga ditiadakan.

Modus operandi ahli-ahli REHDA itu disusuli pula dengan pemindahan pengundi-pengundi Cina dari kawasan-kawasan 'sure DAP menang' ke kawasan-kawasan baru itu. Dan kawasan-kawasan baru itu seringkali dibina di kawasan-kawasan bermajoriti Melayu dengan jumlah pengundi Cina yang agak besar.

Melaka sedang berhadapan dengan fenomena yang sama. Kawasan Krubong yang terletak tidak jauh dari Stadium Hang Jebat, satu ketika dahulu merupakan kawasan dominasi 98% Melayu, kini telah bertukar komposisi. Pembangunan dan kawasan penempatan baru dengan orang Cina Perak dan Selangor serta Johor mula memasuki kawasan tersebut merupakan fenomena terkini di kawasan yang suatu ketika dahulu merupakan kawasan perkampungan Melayu dengan kebun dan estet getah yang sekarang sudah bertukar menjadi bandar perumahan dan industri ringan serta sederhana.

Kesan daripada migrasi ini dengan bantuan ahli-ahli REHDA yang merupakan penyumbang utama dana politik DAP, tidak akan dapat dilihat untuk jangka pendek. Namun berdasarkan perkembangan aktif terkini, besar kemungkinan dalam dua atau tiga PRU lagi, DAP akan menguasai Melaka memandangkan pembangunan yang disertai oleh ahli-ahli REHDA turut melibatkan kawasan-kawasan penempatan majoriti Melayu lain seperti Bukit Katil, Merlimau, Masjid Tanah dan Alor Gajah.

Untuk mengelakkan daripada Melayu mendominasi kawasan baru, maka alasan rumah murah tidak wajar dibina kerana Melayu yang membelinya akan menyewakan kepada imigran, akan diberikan walaupun alasan tersebut kedengaran sangat bodoh dan serba memualkan!

1 comments:

Jan Mohd said...

Salam,
ada satu lagi badan iaitu MIEA(malaysia intitue of estate agent) yg giat menjalankan doktrin membenci kerajaan dan melayu secara khusus dalam kursus yang dianjurkan oleh mereka. Presiden miea Siva sndiri yg memperlekehkan orng melayu serta mengutuk Najib dan Tun M. kami peserta seminar tersebut yang wajib diambil oleh setiap agen terasa seperti bukan berada d Malaysia.

Blog Archive

Labels