1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Saturday, September 24, 2011

SAH, UMNO AMPANG KENA KENCING DEK SI AZWANDIN SIAL!!!

Saturday, September 24, 2011
UMNO Ampang bagi peruntukan sebanyak RM30,000 untuk majlis yang dijayakan dan kononnya digerakkan oleh Pusat Daerah Mengundi Bukit Antarabangsa. Kononnya, oleh kerana UMNO di Bukit Antarabangsa tidak cukup bersatu, maka salah seorang AJK Bahagian dilantik mengetuai Pusat Daerah Mengundi di atas bukit itu.

Majlis terbuka hari raya telah diadakan baru-baru ini. UMNO Ampang telah menyumbangkan RM30,000 untuk majlis tersebut tanpa mereka sedar bahawa ada seekor BERUK BERBADAN MELENGKUNG melihat keadaan itu untuk mengambil kesempatan.

Cerita ini tidak akan terbongkar kalau bukan kerana Ketua Bahagian, Ismail Kijo dan Ketua Pemuda berlawak-lawak tentang gelagat Zuraidah Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang dari PKR yang turut datang ke majlis tersebut. Kata mereka, Zuraidah Kamaruddin datang tanpa diundang dan tanpa segan silu memperkenalkan dirinya kepada orang ramai.

Yang mereka tidak tahu, Azwandin, Yang Dipertua JMM, sebuah pertubuhan yang dianggotai tidak lebih 10 orang tetapi mendapat liputan besar di Utusan Malaysia, TV3, bahkan di The Star, mempunyai perangkaan dan perancangan lain.

RM30,000 dari UMNO Bahagian dan RM45,000 dari Zuraidah Kamaruddin dan JKP PKR, menjadikan Azwandin seorang yang 'sangat bijak' membuat perancangan dan keuntungan atas angin. Lelaki yang hanya berlatarbelakangkan seorang pembantu di kedai buku tetapi menyamar sebagai pelajar lulusan luar negara, cuba bergantung kepada EYPINKO sebagai pelindung dalam memperlihatkan JMM sebagai sebuah pertubuhan hebat, menjadi gergaji dua belah mata yang sebenarnya sangat bahaya kepada survival UMNO-BN.

Bagi yang tidak mengetahui, Azwandin Hamzah merupakan seorang bekas PKR yang sebelum ini tanpa segan silu mengaku, dialah yang memulakan WEB MAHAFIRAUN dan MAHAZALIM yang sangat popular sekitar penghujung 1990-an dan awal 2000. Oleh kerana sehingga kini, tidak ramai yang tahu siapa sebenarnya pengendali laman web tersebut, ramai yang mengaku mereka terlibat termasuklah ANUAR REFORM yang sekarang ini sedang bekerjasama dengan RAZMAN HAKIMI menyakau duit seorang Menteri Kanan yang merupakan AHLI PARLIMEN di Perak.

Sahabat BLOGGER dari sebelah Pakatan, GREENBOC, sebenarnya adalah orang yang paling tahu siapa pengendali MAHAFIRAUN dan MAHAZALIM!!!

Takkan selepas ini, Azwandin tak mahu mengaku yang GREENBOC itu juga adalah dirinya? Mengaku pi la... bukan ada orang sebelah UMNO yang tahu pun, GREENBOC tu siapa walaupun di kalangan 'blogger' era belum ada blogspot, tahu siapa sahabat itu sebenarnya.

Untuk pengetahuan anda, WEB MAHAFIRAUN dan MAHAZALIM merupakan pemangkin kepada kejayaan perang siber pada awal-awal pengenalan blogging walaupun kini, ramai pengikut dan peminat MAHAFIRAUN dan MAHAZALIM menyeberang masuk ke dalam UMNO dan menggunakan kaedah yang sama untuk membela UMNO-BN.

Dalam majlis yang diadakan di hadapan Craven Cafe, laungan HIDUP EYPINKO dan HIDUP JMM jauh mengatasi laungan HIDUP UMNO atau HIDUP BARISAN NASIONAL, seolah-olah majlis tersebut dibuat oleh Azwandin!

Dan yang paling menariknya, kehadiran Zuraidah Mak Lampir dalam majlis tersebut mengesahkan cakap-cakap bahawa Azwandin ADALAH PLANTED PKR dalam UMNO Ampang. Malah kemesraan yang ditunjukkan oleh Azwandin terhadap 'bekas' rakan seperjuangannya itu menunjukkan, seolah-olah meraikan kejayaan Azwandin mempermain-mainkan UMNO Ampang yang masih melihat Azwandin sebagai ayam laga yang boleh dipertaruhkan di Bukit Antarabangsa pada PRU13 nanti.

Azwandin bercita-cita besar untuk menjadi calon UMNO-BN DUN Bukit Antarabangsa pada PRU13 nanti!

Bekas PKR (ramai yang mengatakan dia masih kekal PKR dan kiblatnya adalah Anwar Ibrahim) merupakan duri dalam daging dan orang yang bertanggungjawab memecahbelahkan UMNO di Bukit Antarabangsa. Ini jugalah manusia yang menyebabkan ramai pemimpin setempat UMNO Bukit Antarabangsa yang enggan bersama-sama berjuang kerana mereka berpendapat, tiada gunanya berjuang bersama hipokrit dan munafik seperti Azwandin Hamzah!

Seharusnya Ismail Kijo dan pembesar-pembesar UMNO Ampang mendapatkan penjelasan Azwandin, apa motif sebenar kehadiran Zuraidah Kamaruddin dalam majlis yang dibiayai oleh UMNO Bahagian Ampang di Bukit Antarabangsa. Apa pula kerja Azwandin bersama-sama konco-konconya di Bukit Antarabangsa menjahanamkan UMNO tetapi dalam masa yang sama, berusaha menaikkan namanya serta JMM?


0 comments:

Blog Archive

Labels