1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Wednesday, September 7, 2011

SUHAIZAN KAIAT CUBA LURUSKAN BULU KERINTING!!!

Wednesday, September 7, 2011
Suhaizan Kaiat, Ketua Pemuda PAS Johor cuba menjadikan adik Mat Indera, Baharom Shah yang merupakan pesara tentera untuk menegakkan hujahnya bahawa Mat Indera adalah pejuang. Menurut Malaysian Insider, salah satu portal yang sangat tidak senang jikalau komunis dikatakan sebagai pengganas, adik Mat Indera itu meminta kerajaan agar membersihkan nama Mat Indera daripada pengkhianat dan penderhaka sebaliknya menjadikan Mat Indera sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan.

Menariknya, adik Mat Indera itu mengakui bahawa dia hanya mendengar cerita tentang abangnya tetapi tidak pernah tahu tentang kegiatan abangnya. Bahkan kebanyakan ahli keluarga Mat Indera tidak tahu secara terperinci apa yang dilakukan oleh Mat Indera kecuali penubuhan sebuah 'NGO' pada zaman itu untuk menentang upah murah yang diberikan kepada pekerja-pekerja mengangkut di pusat pendaratan barang.

Penglibatan Mat Indera dalam Parti Komunis Malaya tidak boleh lagi dipertikaikan. Apabila terlibat dengan Komunis bermakna, tiada lagi jasa perjuangan yang diberikan kepada negara, sebaliknya perjuangan memerdekakan negara dan menghapuskan Inggeris telah digantikan dengan menjulang komunis menjajah negara ini.

Proses yang sama apabila Ibrahim Yaacob menjulang Jepun dan memberikan segala bantuan kepada Jepun untuk memudahkan serangan Jepun ke atas Tanah Melayu sekaligus memudahkan Jepun menjajah Tanah Melayu pula.

Tidak kiralah sama ada Ibrahim Yaacob atau Mat Indera terpedaya dengan Jepun atau dengan komunis, jasa perjuangan mereka yang diperkirakan adalah sebelum perjuangan terakhir. Apabila berlaku perjuangan terakhir seperti yang dilakukan oleh Mat Indera.

MAJALAH VARIASARI keluaran Variapop Group, Jalan Raja Alang pada Ogos-Oktober 1983, pernah menyiarkan temubual serta artikel tentang Mat Indera yang berjaya diperdaya oleh rakan-rakannya sendiri yang menentang Mat Indera kerana pembabitannya dengan komunis serta kekejaman komunis di Batu Pahat, Muar dan Melaka.

Tiga artikel yang disiarkan secara berturut-turut itu juga menceritakan bagaimana keluarga Mat Indera enggan membicarakan tentang Mat Indera pada waktu itu kerana kekejaman komunis di Bukit Kepong.

Cerita kononnya Mat Indera datang menyelamatkan anggota polis dan keluarga polis Bukit Kepong, merupakan salah satu CERITA BARU yang dikeluarkan untuk membela hujah Mat Sabu bahawa Mat Indera adalah pejuang negara. Begitu juga dengan cerita mayat wangi dan kubur ditaburi bunga tanjung... elemen-elemen yang mengangkat Mat Indera sebagai pensyahid seperti yang dilakukan kepada Ibrahim Libya di Baling.

Memoir Abdullah CD turut mengangkat Mat Indera sebagai Ketua Komunis Melayu Johor. Sekaligus menafikan kenyataan awal PAS bahawa Mat Indera bukan komunis.

Malah sejarah Bukit Kepong sendiri menceritakan bagaimana Mat Indera mempunyai peranan penting dalam serangan tersebut dengan memujuk dan mengarahkan anggota-anggota polis Bukit Kepong menyerah diri. Begitu juga dengan ancaman bunuh terhadap isteri-isteri dan anak-anak anggota-anggota polis berkenaan.

Sejarah kekal sebagai satu sejarah. Namun apa yang berlaku sekarang ialah kaedah mengambil kesempatan untuk memutarbelitkan sejarah yang sedang dilakukan oleh PAS semata-mata untuk memenangkan dan membela Timbalan Presiden mereka... Mat Sabu!!!

0 comments:

Blog Archive

Labels