1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Wednesday, October 19, 2011

ALAHAI PAS, TERBUKTI KECUTNYA TELUR PAS KEPADA DAP!!!

Wednesday, October 19, 2011
PAS telah membuat keputusan untuk tidak menyertai HIMPUN kerana ia tidak mengandungi parti politik dan tidak terbuka. Kata Abdul Hadi Awang lagi, PAS memandang mulia usaha-usaha memantapkan dan menyelamatkan akidah umat tetapi usaha tersebut harus dilakukan dengan cara yang lebih berhemah dan bukannya dengan melaga-lagakan antara agama di negara ini.

Dengar alasan yang diberikannya, amat menarik, sedap, sejuk telinga dan baik sahaja rupanya.

Bagaimanapun, penolakan PAS untuk menyertai perhimpunan sejuta umat itu sebenarnya sudah boleh dijangka. PAS perlu mendapatkan keizinan terlebih dahulu daripada DAP. Alasan kononnya menghormati pihak penganjur yang membuka penyertaan kepada semua umat Islam tanpa mengira pegangan politik, sebenarnya adalah alasan tersepit... macam tahi dihias tartar cream...

Pemuda PAS semalam menyatakan mereka akan menyertai perhimpunan tersebut tetapi segera diingatkan bahawa sebarang keputusan yang dibuat oleh mesyuarat kepimpinan tertinggi perlulah dipatuhi oleh Pemuda PAS. Atau dengan kata lain, Pemuda PAS tidak boleh sembarangan buat keputusan menonong tanpa persetujuan kepimpinan utama.

PAS semakin tertekan kebelakangan ini berikutan beberapa siri ceramah yang merugikan parti tersebut. Penyumbang utama kepada peruduman tersebut sudah tentulah Khalid Samad dan Mat Sabu biarpun mereka pada masa yang sama, cuba sebenarnya untuk meraih undi daripada kaum bukan Melayu dan bukan Islam untuk PRU akan datang.

Justeru tindakan 'susulan' yang dibuat dalam mesyuarat petang semalam juga sebenarnya merumuskan perkara yang sama. PAS perlu mendapatkan undi sebanyak mungkin dari kaum bukan Melayu dan bukan Islam untuk menjamin kemenangan yang lebih memberangsangkan pada PRU akan datang.

1 comments:

Anonymous said...

Allah swt Maha Ghaib..dan benar2 telah ghaib dari hati2 ahli2 PAS.

Kiblat dah bertukar..

Blog Archive

Labels