1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Wednesday, October 19, 2011

ISU RAMAS TETEK TERHASIL DARIPADA PERMUSUHAN TERHADAP GUAN ENG!!!

Wednesday, October 19, 2011
Keseronokan tidak terkira para penyokong Guan Eng dan berkobar-kobarnya semangat si datuk untuk membela cucu kesayangannya setelah mendapati gambar 'mangsa' yang dipaparkan dan dikategorikan sebagai 'hiasan' adalah bukan gambar mangsa yang sebenar.

Walau bagaimanapun, portal biayaan Zionis, Malaysiakini telah pun berjaya memerangkap Guan Eng dan Kit Siang secara tidak sengaja apabila membenarkan berita tentang pencabulan tersebut.

Sesuatu yang perlu diketahui ialah, permainan ini sebenarnya tidak ada kaitan langsung dengan permainan UMNO. Bahkan kebanyakan pemimpin UMNO masih lagi ketiduran dan mamai selain kebingungan apabila mendapat khabar ini.

Bagaimanapun, seperti biasa, perangai suka ambil kredit atas kerja orang lain sudah menjadi darah daging sebahagian daripada mereka. Dan puak-puak ini tanpa usul periksa, turut melibatkan diri biarpun mereka sebenarnya tidak tahu hujung pangkal cerita.

Berita ini sebenarnya datang dari dalam kelompok DAP Pulau Pinang sendiri dan disampaikan kepada blogger-blogger pro-UMNO-BN Blok Utara. Sekaligus menunjukkan wujudnya tentangan dan permusuhan sengit terhadap kepimpinan Guan Eng di negeri tersebut.

Guan Eng menjadi ikon kebencian DAP Pulau Pinang apabila dia mencalonkan dirinya sebagai Ketua Menteri sebaik-baik sahaja DAP-Pakatan berjaya mengambilalih Pulau Pinang dari tangan GERAKAN-BN. Sedangkan Guan Eng seharusnya membacakan nama lain yang telah dipersetujui sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Gambar gadis yang dikatakan mangsa yang disiarkan di dalam blog pula asalnya hanyalah gambar hiasan dan bukan gambar mangsa sebenar memandangkan kes ini melibatkan maruah dan keselamatan seorang gadis.

Justeru tidak ada kena-mengena permohonan maaf seperti yang dituntut oleh Lim Kit Siang, sebaliknya keluarga dan seluruh Dinasti Lim dalam DAP perlu menjelaskan apa sebenarnya yang telah berlaku tanpa berdolak-dalih dan cuba melarikan isu seperti yang sedang dilakukan oleh mereka sekarang.

Kalau Saiful Bukhari Azlan yang masih muda pun kena suntut dek orang setua Anwar Ibrahim kerana takutkan kuasa yang ada pada Anwar, tentunya mangsa ramas tetek itu dan keluarganya jauh lebih terancam memandangkan Pulau Pinang bukannya berada di bawah UMNO-BN. Apatah lagi Pulau Pinang cukup terkenal sebagai hub-penjahat dan kongsi gelap!

Apa-apa pun, perangkap sudah mengena. Reaksi yang ditunjukkan oleh Guan Eng terlalu berlainan berbanding reaksinya ketika menyerang UMNO-BN atau ketika dia membuat tuduhan rambang selain berlidah biawak.

Manakala Kit Siang, bapa Guan Eng pula, dari semalam lagi, asyik menghantar mesej Twitter yang sama, berulang-ulang, terutama sekali tentang gambar 'mangsa' yang dikatakannya bukan berasal dari Pulau Pinang, bahkan Malaysia. Harapannya ialah apabila mesej Twitter tersebut diulang-ulang dan berulang-ulang, maka cerita tentang kes cabul tersebut dapat dialihkan.

Mesejnya sangat jelas. Persoalan juga telah ditimbulkan. Fakta telah diketahui. Anak lelaki Guan Eng bernama Marcus telah dipindahkan dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Heng Ee ke Sekolah Menengah St.Xavier. Alasan yang diberikan oleh Guan Eng, kononnya anaknya dipindahkan kerana tidak menyukai fesyen rambut di SMJKC Heng Ee dan memilih St. Xavier kerana boleh berambut panjang, adalah alasan yang amat dangkal dan mengarut.

Peraturan Sekolah Menengah St.Xavier juga mencatatkan bahawa setiap pelajar lelaki tidak boleh berambut panjang!



1 comments:

Anonymous said...

http://tauke-ikan.blogspot.com/2011/10/lim-guan-eng-menipu-sebab-anaknya.html

lim guan eng kantoi menipu

Blog Archive

Labels