IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Saturday, December 10, 2011

RM500 BR1M, RAMAI PEMIMPIN PAKATAN TEPUK PAHA!!!

Saturday, December 10, 2011
Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M telah pun dilancarkan pada 2 Disember lalu. Sekarang ini, di seluruh negara, borang-borang giat diedarkan sama ada menerusi pejabat Ahli Parlimen, DUN, mahupun Pejabat Penyelaras Parlimen dan DUN.

Sama ada ianya MODAL atau UMPAN PRU atau sememangnya kerajaan Najib Abdul Razak sangat prihatin dengan rakyat, ia sebenarnya memberikan kelegaan yang bukan sedikit. Anehnya, tidak seperti bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang hanya berkitar di dalam kelompok mereka semata-mata, BR1M pula tidak mempedulikan latar belakang mahupun akidah politik golongan penerimanya.

Yang sangat menarik, rakyat di seluruh negara menyambut baik bantuan tersebut. Dan kali ini, mereka tidak pula mempamerkan penentangan atau pun membuat rungutan yang kerajaan telah membazirkan dana negara untuk diberikan begitu sahaja kepada rakyat.

Ada tidak pun, hanyalah dari kelompok pemimpin Pakatan Rakyat yang masing-masing berasa kesal melihat sambutan yang diberikan oleh rakyat Malaysia terhadap RM500 yang diberikan oleh Kerajaan Najib Abdul Razak.

Masing-masing terpaksa merangka ceramah serta rapat umum yang bertujuan untuk memutarbelit situasi tersebut. Dalam ceramah yang bakal diadakan, seperti biasa, mereka akan mengatakan, bantuan tersebut perlu diambil kerana ia adalah DUIT RAKYAT tetapi undi perlu diberikan kepada Pakatan Rakyat. Bahkan kalau Pakatan Rakyat diberikan kuasa, mereka akan meningkatkan RM500 itu kepada RM3000, malah kalau Anwar Ibrahim yang bercakap, dia akan mengatakan, RM500 itu bukannya diberikan setahun sekali atau hampir dengan pilihanraya, bahkan setiap bulan.

Taktik seperti itu sememangnya digunakan secara meluas di Pulau Pinang dan Selangor. Perhatikan sahaja, bagaimana Lim Guan Eng dan Khalid Ibrahim menjenamakan semula bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan terdahulu agar rakyat melihat bantuan yang mereka hanya teruskan itu, adalah milik Pakatan Rakyat.

Dalam Pakatan Rakyat, tiada apa-apa yang mustahil. Malah kalau kita dengar betul-betul ceramah mereka, kita mungkin akan bertukar menjadi manusia berkepala anjing tanpa kita sedari!!!

0 comments:

Blog Archive

Labels