1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Thursday, December 15, 2011

SHARIZAT JALIL PERLU LETAK JAWATAN!!!

Thursday, December 15, 2011

Berpulun dan berpakatlah pemimpin UMNO bercakap tentang moraliti dan kewajaran Sharizat Jalil, Ketua Wanita UMNO agar melepaskan jawatan yang disandangnya. Walaupun tidak dinyatakan apakah jawatan yang disandangnya yang perlu dilepaskan, tetapi semua orang dapat menangkap, para pemimpin UMNO berkenaan mahu Sharizat kembali menjadi seorang peguam biasa dan bukan lagi orang politik.

Semuanya gara-gara NFC di mana yang terlibat dalam syarikat berkenaan adalah suami dan anak-anak Sharizat!

Alangkah moleknya jikalau cadangan, saranan dan desakan berkenaan dibuat kepada semua pemimpin UMNO hatta semua pemimpin politik di negara ini!

Teringin juga nak dengar cakap daripada para pemimpin yang sangat lantang tentang Sharizat untuk mencadangkan, menyarankan dan mendesak agar SEMUA PEMIMPIN POLITIK di Malaysia yang terlibat dengan kontrak kerajaan, sama ada kontrak kecil-kecilan seperti kontrak fotostat atau membekalkan peralatan menulis, sehinggalah ke projek-projek mega, melepaskan jawatan masing-masing.

Tak usah kiralah sama ada dapat atas nama sendiri, isteri atau anak-anak, yang dua tiga pupu dapat pun, kira pemimpin berkenaan kena juga letak jawatan.

Agak-agak ada tak yang berani buat saranan macam tu? Atau mereka akan terus berlakon macam mereka terlalu suci dan bersih tanpa sebarang kaitan dengan mana-mana kerja berkaitan kerajaan sama ada menerusi proksi mahupun atas syarikat sendiri?

Kalau ada, maka wajarlah Sharizat Jalil letak jawatan. Kalau tidak, suruh saja pemimpin-pemimpin UMNO berkenaan dedahkan berapa banyak pula projek yang telah mereka sapu sebelum ini!!!

Makin lama, makin meluat! Makin nak menunjukkan betapa keserakahan dan nafsu yang membuak-buak di kalangan pemimpin UMNO sendiri terlalu sukar dikekang!!!

'Biawak Hidup' la konon... Liabiliti ler konon... habis tu, yang selama ini bersilat berkungtau fasal projek dan dana-dana bawah tanah tu, bukan BIAWAK HIDUP? Bukan LIABILITI?

0 comments:

Blog Archive

Labels